Drama Inikah Cinta akan menggantikan drama Anakku Diva di slot Dahlia TV3. Menampilkan Niezam Zaidi dan Farah Nabila sebagai pelakon utama. Diarahkan oleh Ahmad Khalid Ahmad. Drama terbitan Uniutama Management Holdings Sdn Bhd ini bakal disiarkan bermula 31 Januari 2016 pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang di TV3.
JUDUL : INIKAH CINTA
EPISOD : 14 episod
TARIKH / MASA : 31 Januari 2016 (Jumaat-Ahad, 6.58 petang)
SIARAN : Dahlia TV3
PENGARAH : Ahmad Khalid Ahmad
TERBITAN : Uniutama Management Holding Sdn Bhd (UMHSB)
PELAKON : Niezam Zaidi, Farah Nabila, Aweera, Fizz Fairuz, Syainie Aida, Zee Zainal, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Acap, Fatin Amyrah, Aznah Hamid, Syazliana Shuhaimi
TARIKH / MASA : 31 Januari 2016 (Jumaat-Ahad, 6.58 petang)
SIARAN : Dahlia TV3
PENGARAH : Ahmad Khalid Ahmad
TERBITAN : Uniutama Management Holding Sdn Bhd (UMHSB)
PELAKON : Niezam Zaidi, Farah Nabila, Aweera, Fizz Fairuz, Syainie Aida, Zee Zainal, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Acap, Fatin Amyrah, Aznah Hamid, Syazliana Shuhaimi
WATAK PELAKON
Niezam Zaidi sebagai Muammar
Farah Nabila sebagaiRose Adeline
Aweera sebagai Aizat
Fizz Fairuz sebagai En. Mizan
Syainie Aida sebagai Puteri
Jasmin Hamid sebagai Dr Dahlia
Kazar Saisi sebagai Hj Zahari
Zee Zainal sebagai Muzamil
SINOPSIS INIKAH CINTA
Drama bersiri genre romantik komedi ini mengisahkan kehidupan sekumpulan pelajar yang bakal menghargai rasa cinta dan persahabatan. Muammar (Niezam Zaidi) yang baru melangkah ke alam universiti tidak sabar menjalani kehidupannya sebagai mahasiswa. Dalam masa yang sama, dia juga tidak sabar mendaftarkan diri untuk Kelab Fotografi kerana dia baru sahaja membeli kamera DSLR kesayangannya.
Muammar jatuh hati kepada pengerusi Kelab Fotografi yang baru dilantik, Rose Adeline (Farah Nabilah). Dalam beberapa tugasan yang diberikan, Muammar sentiasa cuba mencuri hati Rose namun perasaannya tidak pernah dilayan. Rose sebenarnya terlalu fokus untuk menghasilkan sebuah formula baharu untuk mencipta minyak wangi yang memerlukan pelbagai ekstrak spesis bunga.
Muammar yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Rose. Mereka sering bertemu di perpustakaan kerana di situ, Rose sering membuat kajian mengenai bunga. Suatu hari, Muammar menyatakan perasaan cintanya kepada Rose. Rose merasakan Muammar mungkin ingin mempermainkannya. Namun bagi memastikan niat Muammar, Rose memberikan cabaran bagi mendapatkan pelbagai spesis bunga yang diperlukannya. Kini Muammar berhadapan dengan cabaran dengan janjinya mendapatkan bunga-bunga yang sukar ditemuinya.
Manakala Rose juga rasa terhimpit kerana ibunya, Dr Dahlia (Jasmin Hamid) berusaha menukarkan pengajian Rose ke Dublin. Sementara Muammar berusaha melunaskan janjinya, Rose juga mula berfikir sama ada dia mampu mencintai Muammar atau hanya mempergunakan kebaikan lelaki itu.
Adakah cita-cita Rose menghasilkan minyak wangi tercapai? Mungkinkah Rose mampu mencintai Muammar? Adakah Muammar sanggup melakukan apa sahaja untuk Rose?
GAMBAR PELAKON
Pelakon utama |
Watak pelakon drama Inikah Cinta |