Drama Cinta Masam Manis (TV3)

Cinta Masam Manis

Orangetree Production Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri terbaharu berjudul 'Cinta Masam Manis' untuk slot Akasia TV3. Drama sebanyak 24 episod ini diarahkan oleh pengarah tersohor Eoon Shuhaini. Mengandingkan Zamarul Hisham dan Izara Aishah sebagai tonggak utama. Turut dibintangi oleh Raja Ilya, Sweet Farhanna, Shah Jaszle, Nur Alis Maria dan ramai lagi. Drama ini sudah boleh di tonton melalui portal tonton.com.my dan akan ditayangkan di kaca televisyen pada 26 September ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3.

JUDUL : CINTA MASAM MANIS
EPISOD : 24 Episod
TARIKH TAYANGAN : 26 September 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Izara Aishah, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahim Omar, Wan Nur Azlin, Liza Abdullah, Syaffiq Sahli, Ku Faridah, Mimi Ernida, Siti Chubby, Gbob, Nu'man Salleh, Erry Putra, Tash Yong, Khairuddin Ab Rahman, Cinta Diana Dargasi, Ben Amir, Danny X-Factor, Zalfa Zin

WATAK PELAKON
Zamarul Hisham sebagai Johan
Izara Aishah sebagai Sarah (Nor Sarah Mahmud)
Raja Ilya sebagai Tasya
Sweet Farhanna sebagai Hanna
Nur Alis Maria sebagai Hanis
Shah Jaszle sebagai Erman
Rahim Omar sebagai Dato Mahmud
Wan Nur Azlin sebagai Faridah
Syaffiq Sahli sebagai Zaidi
Erry Putra sebagai Azmi
Siti Chubby sebagai Wati
Mimi Ernida sebagai Syira
Tash Yong sebagai Fia
Liza Abdullah sebagai Datin Mel
Nu'man Salleh sebagai Samad
Ku Faridah sebagai Hasnah
Gbob sebagai Alex
Khairuddin Ab Rahman sebagai Shaffiq
Cinta Diana Dargasi sebagai Cinta
Danny X-Factor sebagai Asraff Halim
Zalfa Zin sebagai Puteri

LAGU TEMA / OST CINTA MASAM MANIS
Lagu : Hingga Ke Jannah
Penyanyi : KRU
Video & Lirik : Link

SINOPSIS CINTA MASAM MANIS
Mengisahkan cinta antara seorang duda berusia 40-an bernama Johan (Zamarul Hisham), dan Sarah (Izara Aishah) yang baru mencecah usia 20 tahun. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi untuk mengukuhkan percintaan mereka berdua.

Johan ialah seorang ahli perniagaan yang sudah bercerai dengan isterinya pada tiga tahun lepas. Walaupun demikian, dia selesa dengan hidup menduda dan membesarkan dua orang anaknya iaitu Hanna (18 tahun) dan Hanis (12 tahun) tanpa bantuan orang lain selepas bekas isterinya meninggalkan mereka untuk pergi ke luar negara.

Ibu dan bapa Johan teringin untuk menjodohkan anak mereka dengan beberapa wanita, namun Johan langsung tidak mempunyai hati untuk berkahwin semula. Sehinggalah pada suatu hari, segalanya berubah dan hati Johan terbuka untuk menerima wanita dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Sarah, seorang gadis jelita dan manja yang berjaya menambat hatinya.

Sarah diperkenalkan kepada anak-anak Johan dan mereka memberikan reaksi yang berbeza terhadap Sarah. Anak sulung Johan, Hanna (Sweet Farhana), membantah hubungan mereka kerana jarak usia Sarah dan Hanna hanya beza dua tahun. Selain itu, Hanna juga berprasangka buruk terhadap Sarah. Dia menganggap Sarah hanya mahukan harta ayahnya. Sebaliknya, Hanis gembira buat ayahnya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk ayahnya mencari teman hidup baru.

Hubungan Sarah dan Johan bukan menerima bantahan daripada Hanna sahaja, malahan, Faridah (Wan Nur Azlin) iaitu ibu kepada Sarah juga tidak berkenan dengan Johan kerana status dudanya. Faridah mahu anaknya untuk berkahwin dengan anak kepada kawan baiknya, Erman (Shah Jaszle).

Tidak lama kemudian, bekas isteri Johan, Tasha (Raja Ilya) pulang ke Malaysia dengan harapan untuk memenangi cinta Johan kembali setelah insaf dengan kesilapannya. Akan tetapi, dia amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa Johan sedang menjalinkan hubungan dengan Sarah.

Tasha mendapat tahu yang Faridah tidak merestui hubungan Johan dan Sarah, lalu dia mula bersekongkol dengannya untuk memutuskan hubungan mereka. Lebih menarik lagi, anak Johan sendiri bersetuju dengan cadangan ibunya untuk memisahkan Johan dan Sarah!

Pelbagai agenda telah dirancang oleh mereka untuk memusnahkan percintaan Johan dan Sarah. Mampukah mereka berdua mengatasi segala ujian yang akan datang? Adakah Hanna akan merestui hubungan ayahnya dengan Sarah?

GAMBAR PELAKON

Cinta Masam Manis

Pelakon Cinta Masam Manis
Pelakon drama Cinta Masam Manis
Cinta Masam Manis TV3
Pelakon lain
Cinta Masam Manis