TV9 akan membawakan telefilem terbaru dalam slot Skrin di 9 berjudul 'Mama Sado'. Gandingan pelakon-pelakon veteran dan baru seperti Didie Alias, Miera Liyana, Ben Amir, Mubarak Majid dan ramai lagi. Sebuah telefilem terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dibawah arahan Haizul Anafer Ali. Bersiaran pada hari Isnin nanti, 29 Februari 2016, jam 8.30 malam di TV9
JUDUL : MAMA SADO
TARIKH / MASA : Isnin, 29 Februari 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Azlina Din
PENGARAH : Haizul Anafer Ali
TERBITAN : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Didie Alias, Miera Liyana, Ben Amir, Mubarak Majid, Isma Danial, Enot, Dato Tarmimi Serigar
SINOPSIS MAMA SADO
Andra Raina malu untuk mengaku wanita yang berperwatakan seperti seorang lelaki itu adalah ibunya, Shamsiah. Sungguhpun Shamsiah gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi, dia adalah seorang ibu yang baik dan penyayang. Andra memperkenalkan Idris, teman lelakinya kepada Shamsiah dan mereka mempunyai keserasian tentang motosikal berkuasa tinggi. Namun tidak bagi ibu Idris yang tidak gemar akan perubahan Idris. Andra melarikan diri kerana tertekan dengan keadaan yang terjadi. Shamsiah mulai rasa sedar yang dia tidak boleh berterusan sebegitu. Dia mula berubah kepada seorang wanita yang feminin. Andra pulang dengan lega namun dia perasan yang ibunya tidak seceria dulu. Menjelang hari perkahwinan Andra dan Idris, Shamsiah resah menunggu Andra yang tidak kunjung tiba. Lalu dikejutkan dengan sekumpulan geng motosikal berkuasa tinggi mengiringi ketibaan Andra dan Idris disusuli paluan kompang untuk memeriahkan majlis mereka.
GAMBAR PELAKON
Pelakon telemovie Mama Sado |