Saksikan telefilem istimewa di TV9 bersempena sambutan hari ibu berjudul Mata Hati Ibu. Mengangkat kisah ibu buta membesarkan anak-anaknya. Dilakonkan oleh Norlia Ghani, Mustaqim Bahadon dan Riz Amin. Telefilem terbitan Enuja Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Khir Rahman, skrip pula oleh Wahida Rosdi. Disiarkan menerusi slot Skrin Di 9 pada 9 Mei (Isnin) ini, jam 8.30 malam.
JUDUL : MATA HATI IBU
TARIKH / MASA : Isnin, 9 Mei 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Khir Rahman
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Norlia Ghani, Riz Amin, Mustaqim Bahadon, Shajiry, Abby Nour dan Acap (BMB)
SINOPSIS MATA HATI IBU
Mengisahkan mengenai Embun (Norlia Ghani), yang ditakdirkan buta keturunan semasa usianya 40 tahun. Suami Embun, Salim telah meninggalkan Embun bersama anaknya Aris (Mustaqim Bahadon) dan Rizal (Riz Amin), anak angkat yang dibela sejak kecil lagi. Salim tidak dapat menerima kenyataan Embun menjadi buta. Embun yang membesarkan Aris dan Rizal dalam keadaan matanya buta. Selepas Aris dan Rizal meningkat dewasa, Aris terus diburu oleh kata-kata ayahnya bahawa nasib Aris juga akan sama dengan nasib Embun, buta keturunan. Aris takut dan dalam diam Aris mengumpul kekayaan untuk masa depannya dan masa depan Embun dengan cara haram tanpa pengetahuan Embun ataupun Rizal.
Aris nekad membawa Embun tinggal bersama-samanya di Kuala Lumpur dan Rizal merasa tersisih kerana sedar dirinya cuma anak angkat yang menumpang kasih Embun. Embun terus tinggal bersama Aris dan lama kelamaan Embun dapat merasakan Aris membuat pekerjaan yang salah namun Embun memendam rasa tersebut. Embun pulang semula ke kampung apabila ditinggalkan Aris keseorangan di rumah kerana Aris cedera dan diburu polis. Aris mula insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan dengan bantuan Rizal, namun Aris diburu pula oleh konco-konco lamanya sehingga ke kampung.
Demi keselamatan Embun dan Rizal, Aris terpaksa lakukan kerja terakhir yang diarahkan oleh ketua kumpulannya dengan membohongi Embun. Aris tidak mahu Embun turut terlibat dengan kegiatan jahat atau diapa-apakan oleh konco-konconya. Demi menjaga hati Embun, Aris dan Rizal berpakat membohongi Embun namun dalam diam Embun tahu segala perbuatan yang telah dilakukan oleh Aris. Hati seorang ibu itu seringkali benar dengan perasaannya meskipun dia buta. Embun hanya mampu berdoa untuk Aris dan mengharapkan agar Aris sedar atas dosa-dosa yang telah dilakukannya. Apakah kesudahan nasib Aris?
Pelakon telemovie Mata Hati Ibu |