Bila Tiba Saatnya (TV3)

Bila Tiba Saatnya TV3

Luqsar Kreatif Sdn Bhd akan membawakan telefilem istimewa sempena Nuzul Al-Quran berjudul Bila Tiba Saatnya. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Niena Baharun dan ramai lagi. Telefilem arahan Heykal Hanifah itu akan disiarkan pada hari Rabu ini, 22 Jun jam 9.00 malam di TV3.

JUDUL : BILA TIBA SAATNYA
TARIKH / MASA : Rabu, 22 Jun 2016, 9.00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P.Ramlee, Kodi Rashid, Kamal Ibrahim, Ahmad Iswazir Ismail, Zulkifli Ismail

SINOPSIS BILA TIBA SAATNYA
Mengisahkan dua orang individu yang telah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun kedua-dua lelaki tersebut telah dikebumikan dikampung halaman yang sama. Rosman seorang remaja yang sangat jahat dan suka mencuri apa juga barang sehingga tabung masjid juga jadi mangsanya. Beliau pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid tersebut maka dia reda jika Allah cabutnya nyawanya di dalam masjid tersebut. Pada malam 27 Ramadan beliau telah kembali kerahmatullah sebelum sempat bertaubat. Mohd Nazim pula telah menemui ajalnya di pusat karaoke setelah dipukul dengan botol arak oleh seorang gangster. Mohd Nazim ke pusat karaoke tersebut hanya hendak membawa kawan baiknya, pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital. Memang arwah Mohd Nazim sebelum ini adalah seorang kaki botol tetapi beliau sudah berubah dan bertaubat serta menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.