Nantikan drama bersiri Budak Magik akan ditayangkan dalam slot Aksi TV3. Sebuah drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd arahan Hafiez Othman. Antara pelakon terlibat seperti Firdaus Ghufran, Ryan Elnisa Husni, Syamim Razi, Caya Syahhira, Aida Ruyati, Ana Dahlia, Nizen Ayob dan ramai lagi. Bersiaran mulai 18 Julai 2016, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di TV3.
JUDUL : BUDAK MAGIK
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 18 Julai 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Aksi TV3
PENGARAH : Muhammad Hafiez Othman
TERBITAN : Padi Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Firdaus Ghufran, Ryan Elnisa Husni, Syamim Razi, Caya Syahhira, Aida Ruyati, Ana Dahlia, Nizen Ayob, Cico Harahap, Kamarool Haji Yusoff, Sudin Sario, Hairul Aziz

WATAK PELAKON
Firdaus Ghufran sebagai Imran
Elnisa Husni sebagai Myra
Syamim Razi sebagai Haikal
Caya Syahhira sebagai Zarra
Kamarool Hj Yusuf sebagai Ahriman
Aida Ruyati sebagai Nek Wan
Ana Dahlia sebagai Suraya
Nizen Ayob sebagai Johan
Cico Harahap sebagai Cikgu Razib / Raqib
Sudin Sario sebagai Salim
Hairul Azi sebagai Sood

LAGU TEMA / OST BUDAK MAGIK
Lagu : Panik
Penyanyi : Bunkface
Lagu : Panik
Penyanyi : Bunkface
SINOPSIS BUDAK MAGIK
Budak Magik menceritakan tentang 4 orang budak sekolah yang mendapat kuasa luar biasa akibat terkena hujan. Pada mulanya mereka menganggap kuasa yang dimiliki adalah elemen paranormal yang menakutkan. Namun Imran, Myra, Haikal dan Zara cuba menyesuaikan diri dengan kuasa yang mereka miliki. Mereka kemudiannya menyedari kelebihan yang mereka miliki itu perlu dikawal sebaiknya dan digunakan untuk tujuan kebaikan.
Imran (Firdaus Ghufran) yang bermasalah di sekolah akibat bergaduh dihantar ke kampung oleh ayahnya Johan (Nizen Ayob) untuk tinggal bersama neneknya Wan (Aida Ruhayati), manakala Myra (Ryan Elnisa Husni) pula terpaksa ditinggalkan oleh ibunya Suraya (Ana Dahlia) dengan Wan untuk bekerja di Kuala Lumpur setelah diceraikan suami. Haikal (Syamim Razi) pula sering menjadi mangsa buli di kampungnya, dan dia sering diselamatkan oleh Zarra (Caya Syahhira) seorang yang lantang bersuara.
Persahabatan yang terjalin antara mereka menjadi semakin rapat apabila menyedari yang masing-mempunyai kuasa luar biasa selepas terkena hujan dari serpihan meteor ketika pulang ke rumah. Pada mulanya, mereka beranggapan bahawa kuasa yang dimiliki adalah elemen paranormal yang pelik dan menakutkan. Walaupun begitu, mereka tetap cuba untuk menyesuaikan diri dengan kuasa masing-masing.
Lama-kelamaan, mereka mula sedar bahawa kelebihan yang mereka miliki itu haruslah dikawal dengan baik dan hanya digunakan ketika saat diperlukan sahaja. Suatu hari, Ahriman (Kamarool Hj. Yusoff) yang baru dibebaskan dari penjara akibat hukuman merompak, telah pulang ke kampung dengan satu misi baharu.
Ahriman dan dua lagi rakannya berkomplot untuk mencari kembali batu-batu permata yang pernah dirompaknya dahulu. Dia tidak tahu di manakah terletaknya batu-batu permata itu sekarang kerana kesemua batu permata tersebut ditanam oleh rakan-rakannya Salim dan Sood di kampung. Sood telah menyimpan sebuah peta yang menunjukkan di mana terletaknya batu-batu permata itu di dalam sebuah botol.
Oleh kerana Imran dan tiga sahabatnya yang lain amat menggemari permainan kampung, mereka bercadang untuk mengadakan sebuah projek membuat layang-layang. Secara kebetulan, Haikal terambil botol itu dari kedai Salim untuk digunakan sebagai penggulung tali layang-layang.
Peta tersebut dijumpai oleh Haikal dan sebagai seorang kanak-kanak yang penuh dengan rasa ingin tahu, sudah semestinya Haikal menyangka bahawa peta tersebut adalah peta mencari harta karun. Dia pun mengajak Imran untuk mencari lokasi seperti yang tertulis di peta tersebut dan hasilnya mereka menemui batu-batu permata yang ditanam oleh Sood 5 tahun lalu. Selepas Ahriman, Salim dan Sood mendapat tahu bahawa batu-batu tersebut kini berada di tangan Haikal, mereka mula memerhatikan segala gerak-geri empat sekawan itu dengan teliti. Dalam pada itu, kampung tersebut turut didatangi oleh seorang guru yang bernama Raqib (Cico Harahap) yang juga cuba mendekati kanak-kanak tersebut.
Apakah yang bakal terjadi kepada Imran, Haikal, Myra dan Zarra setelah Ahriman berjaya mendekati mereka? Berjayakah Ahriman merampas kembali batu-batu permata tersebut? Apa pula tujuan Raqib datang ke kampung tersebut?

GAMBAR PELAKON
budak magik |
Pelakon drama Budak Magik TV3 |
watak utama |