Ku Haramkan Susu Itu (TV9)

Ku Haramkan Susu Itu

Saksikan telefilem Ku Haramkan Susu Itu yang dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Mia Ahmad, Amyza Aznan dan ramai lagi. Disiarkan pada pukul 8.30 malam ini menerusi slot Skrin Di 9 TV9

JUDUL : KU HARAMKAN SUSU ITU
TARIKH / MASA : Isnin, 6 Jun 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Mia Ahmad, Amyza Aznan, Syazwan Zulkifly, Zarina ZainuddinZarina Zainuddin, Sharisa Haris

LAGU TEMA / OST 
Azmil Mentor - Nyawaku

SINOPSIS KU HARAMKAN SUSU ITU
Dua kisah yang berbeza iaitu Zainab dan Sakinah seorang ibu yang mempunyai dua orang anak lelaki. Tamar ialah anak Zainab manakala Azrin ialah anak kepada Sakinah. Tamar merahsiakan perkerjaannya kepada Zainab, namun Zainab  tidak yakin dengan perkerjaannya. Satu hari terbongkar rahsia bahawa Tamar seorang pengedar dadah dan bapak ayam apabila pergi ke tempat Tamar. Azrin pula seorang penagih dadah dan semenjak ibunya bercerai dengan ayahnya. Azrin sering memukul Sakinah tetapi Sakinah masih lagi melayan Azrin dengan baik. Satu hari Azrin mengamuk dan memukul lalu terbunuh Halim, bekas teman lelaki Sakinah. Zainab dan Sakinah yang sangat kecewa dengan sikap anak-anaknya bersumpah mengharamkan susu mereka buat anak mereka itu.

Kehidupan Tamar serba senang, namun ibu & isterinya langsung tidak mengetahui pekerjaan Tamar. Setelah sekian lama Tamar tidak pulang, Zainab dan Alisya ke Shah Alam untuk menjejaki Tamar. Zainab seorang ibu 49 tahun yang alim dan kuat agama. Beliau kematian suami dan mempunyai dua orang anak lelaki bernama Tamar 27 tahun dan Mustaqim 23 tahun. Zainab sangat sedih dan sering bermuram setelah kematian Mustaqim dalam satu tragedi setahun yang lepas. Tinggal lah Tamar yang menemani dan menjaga Zainab di kampung. Tamar adalah seorang anak yang sangat baik, sopan santun, berbudi bahasa, suka ke surau, bersolat, manja dengannya dan rajin tetapi itu hanya di hadapan ibunya sahaja. Dia hanya akan lakukan semua itu hanya apabila beliau pulang ke rumah ibunya di kampung sahaja. Beliau sangat menyayangi ibunya itu hingga sanggup lakukan apa sahaja demi duit untuk ibunya namun tiada siapa menjangka akan perangai sebenar Tamar mahupun penonton di tv. Pada masa yang sama Zainab yang tak habis-habis sering berdoa untuk kebaikan Tamar turut meminati Alisha gadis dari kampung yang cantik dan berbudi pekerti mahu di jodohkan dengan Tamar.

GAMBAR PELAKON

Ku Haramkan Susu Itu TV9
Tamar, Zainab dan Alisya
Pelakon Ku Haramkan Susu Itu
Pelakon telemovie Ku Haramkan Susu Itu