Tetamu Ramadan (Cerekarama TV3)

Tetamu Ramadan TV3

Telefilem terbaru terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Tetamu Ramadan akan menemui penonton di slot Cerekarama TV3. Dibarisi pelakon-pelakon mantap seperti Aeril Zafrel, Namron, Wawa Zainal, dan Fazlina Ahmad Daud. Telefilem arahan Pali Yahya itu akan disiarkan pada hari Sabtu ini jam 10.00 malam di TV3.

JUDUL : TETAMU RAMADAN
TARIKH / MASA : Sabtu, 26 Jun 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Mohd Fadzli Yahya (Pali Yahya)
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Namron, Wawa Zainal, Fazlina Ahmad Daud, Hakim Zahar

SINOPSIS TETAMU RAMADAN
Hazim trauma kerana tidak sempat bertemu ibunya. Dia menyalahkan dirinya kerana menghampakan Halimah. Ketika menghadap jenazah Halimah, tiba-tiba Hazim ditarik Khaidir ketika Hazim mahu mencium ibunya. Ketika itu Khaidir memberitahu yang Halimah bukan ibu kandungnya. Mempunyai wajah yang tampan membuatkan Hazim didampingi ramai gadis. Namun semuanya berubah apabila suatu pagi, Hazim bangun dari tidur dan menyedari mukanya ditumbuhi bintik merah dan gatal. Malik mengajak Hazim untuk mendekatkan diri ke masjid dan bukan memerap membuang masa dirumah. Pertama kali menjejakkan kaki ke  dalam masjid, selepas hampir setahun tidak ke sana, membawa perasaan asing kepada Hazim, Mendegar azan, Hazim bergegas bangun untuk solat. Malangnya kakinya berasa lemah dan dia terjelepuk kembali. Malik terpaksa memapahnya bangun dan mengajak ke hospital. Tetapi Hazim minta supaya dibawa pulang ke kampung. Kebetulan Hazim teringat janjinya untuk menjalani ibadah Ramadan bersama ibu bapanya pada tahun lalu yang belum kesampaian. Sehari sebelum kedatangan Ramadan tahun ini, Malik membawa Hazim pulang ke rumah Khaidir. Malik meninggalkan Hazim di depan tangga rumah Khaidir kerana Khaidir tidak mahu membuka pintu walaupun Hazim merayu untuk masuk dan mahu meminta maaf darinya. Hazim merayu Khaidir untuk menerimaya, walaupun bukan sebagai anak, cukuplah sebagai tetamu untuk sebulan Ramadan itu. Akhirnya Khaidir lembut hati kerana dia memang sayangkan Hazim. Lebih-lebih lagi apabila melihat keadaan Hazim, hilang semua kemarahannya. Khaidir memaafkan Hazim dan memapah Hazim masuk ke rumahnya.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Tetamu Ramadan
Pelakon telemovie Tetamu Ramadan
Tetamu Ramadan
Kasih seorang ayah