Aizat Amdan - Raniaku

Raniaku Aizat Amdan

Safi Rania Gold mempersembahkan Raniaku, sebuah muzik video yang menyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup. Muzik video ini merupakan kerjasama Safi bersama penyanyi terkenal, Aizat Amdan serta menampilkan duta Safi Rania Gold, Nora Danish yang bergandingan dengan Remy Ishak. Penggambaran muzik video yang berlaku di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan En Nan Salleh.

Nora Danish sebagai watak utama di dalam muzik video ini, beliau membawa watak sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak. Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman. Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata. Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat.

Raniaku

LIRIK LAGU RANIAKU AIZAT AMDAN

Ku lihat bayangan tubuhmu
Gerak gerimu, meragut kalbu
Namun ku tahu, jiwamu penuh gelora

Biar setahun, mahupun seribu
Dilambung ombak tiap waktu
Kan aku sambut,
Wahai Rania hatiku
Jangan kau ragu

Mungkin A
Setiap langkah baharu
Diorak jejak tak menentu
Namun saban waktu kita kan tahu
Jatuh bangunmu
Bersamaku

Biar berkurun, belum pun berlalu
Dibuai ngeri celaru
Kau tetap dakap dan belai raja hidupmu
Membelai raja hidupmu
Ku takkan ragu

Mungkin
Setiap gerak dan kata
Diolah hati yang merana
Namun saban masa kita kan rasa
Perit dan luka
Kan menghilang

Perjalanan kita
Dilimpahi segala
Onak dan duri tak berhenti
Kan kita redahi

Mungkin
Setiap langkah baharu
Diorak jejak tak menentu
Namun saban waktu kita kan tahu
Jatuh bangunmu
Bersamaku

Mungkin
Setiap waktu
Jatuh bangunku
Bersamamu
Ooooooo
Kaulah Raniaku

MUZIK VIDEO