Bapa Mentuaku (TV1)

Bapa Mentuaku

Saksikan telefilem Bapa Mentuaku pada Ahad ini, 20 November 2016, pukul 10.00 pagi di TV1. Lakonan Kazar Saisi, Syafiq Kyle, Nazeera Sardi, Aisyah Atan dan ramai lagi. Bagi mereka yang tidak berkesempatan boleh menontonnya menerusi portal Myklik (myklik.rtm.gov.my). 

JUDUL : BAPA MENTUAKU
TARIKH / MASA : Ahad, 20 November 2016, 10.00 pagi 
SIARAN : Slot Panggung Ahad TV1(RTM)
PELAKON : Kazar Saisi, Syafiq Kyle, Nazeera Sardi, Aisyah Atan, Mustaqim Bahadon, A.Galak, Muhammad Safie, Amir Ameezan, Zaim Zainal

SINOPSIS BAPA MENTUAKU
Mengisahkan tentang Pak Mansor tidak berkenan dengan Mazlan kekasih anaknya Ros, lalu merancang sesuatu untuk memisahkan mereka. Pak Mansor cuba menghalang cinta Mazlan dan Ros dengan berbagai helahnya, supaya anak perempuannya itu dapat dikahwinkan dengan Suhaimi, anak Tok Penghulu.

Mazlan, yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi berasal dari Sarawak, mengambil keputusan untuk pergi ke kampung Ros untuk berkenalan dengan bakal bapa mertuanya, Pak Mansur dan isterinya, Mak Kiah. Pak Mansur, telah meminta Ros pulang ke kampung kerana pengajian anaknya baru sahaja tamat. Pada masa yang sama Pak Mansur mempunyai niat lain dalam cuba menyegerakan pertunangan anaknya dengan Suhaimi.

Rosnida terpaksa menyatakan kepada ayahnya bahawa dia sedang bercinta dengan Mazlan. Mansur tidak bersetuju, tetapi Rosnida walaubagaimanapun bertegas bahawa dia akan membawa Mazlan pulang ke kampung untuk berkenalan dengan Pak Mansur. Pak Mansur seterusnya berpakat dengan seluruh orang kampung untuk tidak bercakap dengan Mazlan, apabila Mazlan tiba di kampung mereka.

Mazlan tiba di kampung dan merasa janggal kerana semua orang tidak bercakap dengannya. Tetapi dengan sifat Mazlan yang peramah dan pandai mengambil hati orang, dia berjaya menambat hati penduduk di situ. Mazlan, dengan sifat peramahnya, mula bermesra dengan semua orang di kampung itu.

Di kampung tersebut, Mazlan sering nampak dua orang pemuda yang tidak bekerja dan selalu menjadi bahan bualan penduduk kampung itu. Mazlan menghampiri dua pemuda ini, dan mendapat tahu kenapa mereka tidak bekerja. Kesusahan untuk ke bandar yang jauh, tambang yang mahal, dan ketiadaan kerja kampung yang berterusan menghalang mereka untuk mencari rezeki yang baik.

Mazlan mencadangkan supaya mereka mula mengusahakan perkhidmatan memotong rumput di kampung mereka dan menghantar barang keperluan dapur terus ke rumah penduduk kampung dengan mengenakan caj yang berpatutan. Cadangan ini diikuti dan perniagaan mereka mula berkembang baik.

Suhaimi, anak ketua kampung itu, selepas mendengar saranan Pak Mansur untuk dijodohkan dengan Ros, mengambil peluang ini berusaha untuk memikat Ros. Ros dan Suhaimi adalah kawan sepermainan sejak kecil lagi, jadi Suhaimi merasa yakin pelan Pak Mansur bakal berjaya.

Tetapi cinta Ros kepada Mazlan tidak dapat diatasi. Di dalam masa yang sekejap, Mazlan dengan usaha pintarnya telah membawa perubahan besar kepada penduduk kampung di situ dan telah membuatkan seluruh orang kampung amat menyukai Mazlan. Malah ibu Ros dan adik lelakinya juga mula menyukai kehadiran Mazlan yang pandai memasak.

Pak Mansur merasa tergugat dengan rancangannya dan masih berkeras hati dan tidak menerima Mazlan sebagai pilihan Ros. Mazlan telah memberikan sepasang baju batik Sarawak kepada Pak Mansur sebagai syarat jika dia diterima sebagai bakal menantu maka Pak Mansur akan memakai baju tersebut. Walaubagaimanapun, Pak Mansur telah mencampak pakaian tersebut. Orang-orang kampung yang melihat kejadian itu merasa sedih.

Keesokannya, Mazlan terkejut melihat Pak Mansur memakai pakaian yang telah diberikan olehnya. Walaubagaimanapun Pak Mansur mempunyai alasannya yang tersendiri untuk memakai baju batik tersebut