Saksikan telefilem Parut lakonan Iqram Dinzly, Tasha Shila, Adlene Tsen dan Aidil Aziz. Disiarkan menerusi slot Citra TV2, Selasa ini pukl 10.00 malam. Bagi yang tidak berkemsempatan boleh menontonnya menerusi Myklik (myklik.rtm.gov.my)
JUDUL : PARUT
TARIKH / MASA : Sealsa, 6 Jun 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra (TV2-RTM)
SKRIP : Ahmad Saabun
PENGARAH : Jo Yusof
TERBITAN : Kaypictures Studio
PELAKON : Tasha Shila, Iqram Dinzly, Adlene Tsen dan Aidil Aziz
SINOPSIS PARUT
Mengisahkan Rita yang mengalami pengalaman yang pahit kerana diperkosa oleh bapa tirinya ketika remaja. Dia sering trauma dan mengalami tekanan emosi.
Namun hidupnya berubah setelah berumahtangga dengan Maliki yang sangat bertanggungjawab dan menyayanginya. Mereka bahagia menjalani kehidupan suami isteri. Apatahlagi Rita kemudiannya disahkan mengandungkan anak sulong mereka.
Begitu pun kebahagiaan mereka tidak bertahan lama apabila Maliki pula meninggal dunia. Rita kembali tertekan yang menyebabkan dia mengalami sakit jiwa. Dia keliru dengan takdir yang yang harus dijalaninya sehingga bertindak di luar kawalan mahu menggugurkan bayi dalam kandungannya.
Setelah dinasihat oleh seorang doktor, dia bersetuju memberi anaknya kepada pasangan Mazni dan Afendi yang juga rakan rapatnya semasa di kolej. Kebaikan yang dipamirkan oleh Mazni dalam melayannya membuatkan Rita akhirnya bersetuju dengan cadangan tersebut. Mazni kemudiannya mengajak Rita untuk tinggal bersama mereka sehingga Rita melahirkan anaknya.
Tibalah saat ditunggu-tunggu, Rita melahirkan anak perempuan yang diberi nama Quzaimah. Ketika itu hubungannya dengan Afendi dilihat semakin mesra. Situasi itu menimbulkan rasa tidak puas hati Mazni yang sememangnya dengki dengan kelebihan dimiliki kawan baiknya itu sejak dari zaman belajar lagi.
Satu hari Afendi ditemui mati. Mazni cepat menuduh Rita yang membunuhnya kerana mereka bertengkar teruk pada malam sebelumnya. Mazni menguatkan kenyataan Rita tidak puas hati kepadanya dan Afendi menjadi mangsa keadaan.
Rita ditangkap dan dipenjarakan. Namun hasil siasatan mendapati Mazni ada kaitan dengan kes kematian Maliki dan Afendi. Justeru siapakah sebenarnya yang menjadi pembunuh keduanya?