Saksikan drama bersiri Dia Segala-Galanya adaptasi novel Dia Segalanya karya Sha Ibrahim. Akan ditayangkan mulai 12 Oktober ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10.30 malam di TV1 .
JUDUL : DIA SEGALA-GALANYA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Oktober 2017
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 10.30 malam
SIARAN : TV1 (RTM)
PENULIS NOVEL : Sha Ibrahim
PENGARAH : Abdul Azizi
PENGARAH : Abdul Azizi
TERBITAN : XSense Studios Sdn Bhd
PELAKON : Uqasha Senrose, Talha Harith, Arief Farhan, Ezaty Abdullah, Dato’ Eizlan Yusuf, Shazia Rozaini, Aleza Shadan, Mak Wan, Yus Waisar
WATAK PELAKON
Uqasha Senrose sebagai Suraya
Talha Harith sebagai Faizul
Arief Farhan sebagai Faizal
SINOPSIS DIA SEGALA-GALANYA
Kisah sebuah keluarga yang penuh dengan rahsia yang tersimpan lama apabila anak lelaki mereka jatuh cinta terhadap seorang gadis yang menjadi anak angkat mereka sejak dari kecil lagi.
Suraya hadir dalam keluarga Datuk Rashid dan Datin Rafidah, namun kehadiran Suraya tidak dapat diterima oleh Faizul. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.
Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.
Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.
Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.
Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?