Dendam Yang Tertangguh (TV9)

Dendam Yang Tertangguh

Saksikan telefilem Dendam Yang Tertangguh dibintangi oleh Hanna Aqeela, Rosnah Johari, Zaidi Omar, dan Aliff Aziz. Telefilem arahan Dato Jurey Latiff Rosli ini akan disiarkan di TV9 hari Isnin ini jam 8.30 malam.

JUDUL : DENDAM YANG TERTANGGUH
TARIKH / MASA : Isnin, 27 November 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
IDEA ASAL : Haida Mazni Binti Mohammad
PENGARAH : Dato Jurey Latiff Rosli
TERBITAN : 1960 Fox Studio Sdn Bhd
PELAKON : Hanna Aqeela, Rosnah Johari, Zaidi Omar, Aliff Aziz, Fauziah Nawi

SINOPSIS DENDAM YANG TERTANGGUH
Mengisahkan Maria, berumur 25 tahun seorang banduan akhir yang menanti saat-saat akhir ke tali gantung di atas pertuduhan membunuh Ishak kerana dendam. Dia yang rapat dengan seorang pegawai penjara bernama Zarina yang sering mendengar kisahnya. Zarina yang ingin tahu mengapa Maria telah tergamak membunuh Ishak, seorang warga tua sedangkan Ishak bukanlah melakukan apa-apa kesalahan padanya.