Drama bersiri 'Dia Anak Jeneral' yang diadaptasi daripada novel tulisan Hezzy Azra akan mula ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM TV2) bermula 24 Januari ini. Drama terbitan produksi A.Aida Production ini diarahkan oleh Khalid Nazri. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Niena Baharun sebagai teraju utama. Saksikan drama Dia Anak Jeneral sebanyak 26 episod, disiarkan setiap Rabu dan Khamis, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV2.
JUDUL : DIA ANAK JENERAL
JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Januari 2017
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 8.30 malam
SIARAN TV : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
PENULIS NOVEL : Hezzy Azra
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida, Hafizuddin Fazil, Nor Albaniah, Kodi Rasheed, Fad Anuar, Azam Pitt
WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Zakhif
Niena Baharun sebagai Syirin
Datuk Tarmimi Siregar sebagai Dato Hambali
Aida Khalida sebagai Noriah
Mas Khan sebagai Nukman
Mimi Ernida sebagai Diara
Fatimah Azzahra sebagai Shima
Adiba Yunus sebagai Shida
Kodi Rasheed sebagai Syafiq
Fad Anuar sebagai Nuar
Azam Pitt sebagai Kudin
LAGU TEMA / OST
Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
Adiba Yunus sebagai Shida
Kodi Rasheed sebagai Syafiq
Fad Anuar sebagai Nuar
Azam Pitt sebagai Kudin
LAGU TEMA / OST
Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
SINOPSIS DIA ANAK JENERAL
Mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak ayahnya. Dato Hambali mahu menjodohkan Syirin dengan Nukman, seorang pegawai beruniform dan juga anak kepada Mustakim dan Saadiah. Syirin dan Nukman berkawan baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain.
Syirin ternyata tidak setuju dengan tindakan ayahnya walaupun dipujuk oleh Shima dan Shida. Beliau mula menunjukkan protes manakala Dato Hambali berkeras dengan keputusannya dan menyuruh isterinya terus memujuk Syirin untuk menerima Nukman sebagai bakal suami.
Zakhif, seorang kontraktor dipanggil untuk menyiapkan kerjakerja pembaikan di rumah Dato’. Syirin bertemu dengan Nukman untuk berbincang tentang hal mereka. Syirin kecewa apabila Nukman seolah-olah bersetuju dengan keputusan keluarga untuk menjodohkan mereka. Beliau terus pulang ke rumah dalam keadaan kecewa. Setibanya di rumah, beliau menjerit terperanjat apabila melihat Zakhif berada di dalam bilik air di biliknya.
Masalah yang dihadapi Syirin membuatkan beliau mula hilang fokus terhadap kerjanya. Majikan beliau, En. Terence mula mengesan perubahan tersebut dan bertanyakan masalah Syirin. Ini kerana beliau juga menaruh hati terhadap Syirin. Zakhif hampir menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato’ Hambali. Beliau kemudiannya pulang ke kampung Mak Ani, keluarga angkatnya untuk mengambil Eja pulang ke Kuala Lumpur. Ibu Nukman masih tidak berpuas hati dengan Nukman yang padanya tidak ikhlas akur dengan kehendaknya untuk dijodohkan bersama Syirin. Beliau merasakan yang Nukman masih mengingati bekas kekasihnya, Diara yang memutuskan hubungan dengan Nukman 4 tahun lepas.
Syirin berbincang dengan Nukman dan akhirnya terpaksa untuk bersetuju dengan desakan keluarga. Ayah dan ibu mereka nyata gembira dengan situasi tersebut dan Dato’ terus berbincang tentang majlis bertunang dan perkahwinan. Nukman terserempak dengan bekas kekasihnya, Diara di pusat membeli belah ketika mencari hadiah perkahwinan. Syirin melihat perubahan pada Nukman selepas insiden beliau terserempak dengan Diara. Nukman berjumpa dengan Diara yang menceritakan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya. Diara menyatakan yang beliau masih sayangkan Nukman dan sanggup bermadu dengan Syirin. Syirin mengadu dengan Nukman yang Nukman susah untuk berjumpanya dengan alasan sibuk sedangkan dia sudah mula membuka pintu hati pada Nukman.
Syirin kecewa dengan perubahan Nukman. Syirin keluar rumah pada suatu malam ketika ibu bapanya tiada untuk menyertai Zakhif mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan. Zakhif menasihati Syirin agar tidak menyertainya pada masa hadapan kerana beliau akan menjadi isteri Nukman tidak lama lagi. Syirin berjumpa dengan Zakhif dan berkongsi masalahnya dengan Zakhif. Beliau meminta agar Zakhif masuk meminang yang membuatkan Zakhif terperanjat. Zakhif menyatakan yang perkara tersebut bukanlah perkara yang mudah dan mereka tidak setaraf. Diara bertemu dengan Syirin dan memujuknya untuk meneruskan perkahwinan dengan Nukman namun sebaliknya Syirin bertegas untuk memberi laluan kepada Diara.
Syirin bertemu dengan Zakhif yang menyatakan kesediaannya untuk menghantar rombongan meminang Syirin. Dato’ mengamuk dan menampar Syirin apabila Syirin menyatakan yang beliau tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Nukman sebaliknya mahu berkahwin dengan Zakhif. Dato’ mempunyai pandangan negatif terhadap Zakhif kerana pernah ternampak Zakhif bersama dengan adik angkatnya, Eja.
Dato jadi tidak tentu arah untuk menyampaikan berita tersebut kepada Mustakim, ayah Nukman. Beliau berasa sungguh malu dengan keputusan Syirin. Dato’ mengakui yang beliau memang tidak sukakan Zakhif yang padanya tiada masa hadapan dengan kerjayanya. Akhirnya Zakhif memberitahu Eja dan Mak Ani tentang rancangan pertunangannya dengan Syirin minggu hadapan dan meminta mereka turut serta dalam rombongan meminang.
Adakah hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaan?
GAMBAR PELAKON
Pelakon drama Dia Anak Jeneral |