Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telefilem khas bertajuk 'Luyak' yang mengangkat kisah anak autisme. Telefilem arahan arahan Noor Azizah Muhamad ini menampilkan lakonan Zarina Zainuddin, Putri Syasya Masyithah, Shakila Koriri, Azam Pit, Roydy dan ramai lagi. Akan disiarkan di TV2 pada 19 Januari ini, pukul 9.30 malam.
JUDUL : LUYAK
WAKTU SIARAN : Jumaat, 19 Januari 2018, 9.30 malam
SIARAN TV : Slot Citra TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Nor Syafinaz Samsudin, Roydy Rokidy
PENGARAH : Noor Azizah Muhamad
TERBITAN : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Zarina Zainuddin, Putri Syasya Masyithah, Shakila Koriri, Azam Pit, Roydy, Roydy Anuar, Nurul Fateha, Zarina Zainoordin, Kamal Bakar, Abu Kemenyantz
SINOPSIS LUYAK
Kisahnya Hidayah seorang kanak-kanak mild autism yang dipanggil Luyak oleh penduduk kampung. Hidayah selalu berada dalam dunianya sendiri dan menganggap bahawa ayahnya Zamani masih hidup. Hidayah dibenci ibunya sendiri Zaleha, kerana Hidayah dianggap sebagai punca kematian Zamani.
Saban hari, Hidayah akan merayau ke seluruh kampung, dan selalu dipukul oleh Zaleha kerana Hidayah sering melakukan sesuatu yang mendatangkan kemarahan Zaleha, dan kelakuan Hidayah sering mendapat aduan dari penduduk kampung. Zaleha juga selalu melebihkan-lebihkan anak sulungnya Sofea, dan membezakan kasih sayang antara kedua anaknya itu.
Cikgu Murni yang baru bertukar sekolah di kampung itu, mendapat tahu tentang Hidayah yang menghidap mild autism, lalu cuba untuk membantu Hidayah kerana pengalaman Cikgu Murni sebelum ini bahawa adiknya juga pernah menghidap mild autism seperti Hidayah. Kedatangan Cikgu Murni sedikit sebanyak memberi sinar baru buat Hidayah, namun Zaleha juga tidak dapat menerima takdir tentang Hidayah, sehingga dia selalu memukul dan menyeksa Hidayah.
Satu hari, kelakuan Hidayah telah menyebabkan Sofea mengalami kemalangan kecil, lalu membuatkan Zaleha hilang kewarasan sehingga sanggup merantai kaki Hidayah seperti binatang.
Sepuluh tahun berlalu sejak kematian Zamani, Zaleha masih tetap memukul dan membenci Hidayah, seolah-olah Hidayah itu bukan anaknya. Sofea pula telah menyambung pelajaran di Kuala Lumpur dan jarang sekali pulang ke kampung kerana sibuk di kolej. Dengan kuasa Tuhan, satu hari ketika Zaleha mahu menendang Hidayah yang sedang makan, tubuh Zaleha telah mengalami kekejangan sehingga lumpuh sebelah badan.
Selama Zaleha lumpuh, Sofea sebagai anak kesayangan Zaleha tidak pernah berkesempatan untuk menjenguk Zaleha, malah Hidayah anak yang dibencinya itulah yang telah menjaganya dengan baik dan penuh kasih sayang tanpa sebarang perasaan benci dan dendam terhadapnya.
Zaleha mula menyesal akan segala perbuatannya, dan mula menganggap Hidayah sebagai anaknya. Di saat Zaleha telah menerima takdir bahawa kematian Zamani bukanlah kesalahan Hidayah, telah berlaku sesuatu yang tragis pada Hidayah akibat sikap Zaleha sendiri.