Drama Suamiku Mat Piun

Suamiku Mat Piun

Drama komedi Suamiku Mat Piun bakal mengisi slot Iris di TV3. Menampilkan lakonan  Along Cham, Sharifah Sakinah, Mark Adam, Mimi Lana dan ramai lagi. Drama bersiri 19 episod ini diarahkan oleh Amor Rizan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Saksikan drama Suamiku Mat Piun dua bulan lebih awal di tonton.com.my

JUDUL : SUAMIKU ENCIK MAK PIUN
JUMLAH EPISOD : 19 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 April 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Along Cham, Sharifah Sakinah, Mark Adam, Mimi Lana, Idzham Ismail, Rania Humaira, Syafi Danish, Qhaisy Hazali, Shahriza Mahmud, Tryssa, Nurinmisha, Qasehku Effa Al Habshee, Emma Latah, Anuar Hamid Aziz, Kamal Ibrahim, Bella Alyas, Zulkifli Mohd Salleh

WATAK PELAKON 
Along Cham sebagai Poji
Sharifah Sakinah sebagai Nieza
Mark Adam sebagai Ashraf
Mimi Lana sebagai Atikah
Idzham Ismail sebagai Ayim
Rania Humaira sebagai Kayla
Qhaisy Hazali sebagai Firash
Syafi Danish sebagai Bulat
Shahriza Mahmud sebagai Mekyam
Tryssa sebagai Anita
Nurinmisha sebagai Ibu Nieza
Qasehku Effa Al Habshee sebagai Laila
Emma Latah sebagai Ibu Poji
Anuar Hamid Aziz sebagai Ayah Poji
Kamal Ibrahim sebagai Ayah Nieza
Bella Alyas sebagai Fifi

LAGU TEMA / OST 
Aku Suka Kamu - Wani Kayrie
Sampai Hati - Athia

SINOPSIS SUAMIKU ENCIK MAK PIUN
Mengisahkan Poji (Along Cham) merupakan seorang Mat Despatch atau Mat Piun dan mempunyai dua orang anak, Firash dan Khayla. Nama sebenar anak-anaknya memang susah disebut disebabkan isteri Poji, Nieza (Sharifah Sakinah) yang amat taksub dengan novel dan juga peminat drama.

Kerana itu juga, Poji berkenalan dengan Nieza yang pada ketika itu sibuk membaca novel di tengah jalan dan menyebabkan Poji kemalangan. Nieza seringkali berkelakuan agak dramatik di depan anak dan suaminya kerana terbawa-bawa dengan karakter-karakter novel dan drama yang ditontonnya.

Almari rumah Poji dipenuhi dengan novel-novel Nieza. Dia mahu membuang novel-novel itu tapi takut dimarahi isterinya. Satu hari, Poji mencuri baca novel milik Nieza dan tanpa disangka, Poji pula obses untuk terus membacanya sampai ke tempat kerja pun Poji akan membacanya.

Poji sentiasa terfikir bilalah agaknya nasibnya akan berubah. Bermacam kerja sambilan telah dilakukan untuk menampung keluarga mereka. Sehinggalah suatu hari, Nieza memberikan sebuah kertas iklan ‘Ujibakat mencari pelakon kanak-kanak’ kepada Poji.

Nieza merasakan ujibakat tersebut mungkin dapat mengubah nasib mereka. Kalau menjadi dapatlah mereka menumpang rezeki Khayla. Pada hari ujibakat tersebut, bermacam-macam hal telah berlaku untuk mereka sampai ke lokasi tersebut.

Lebih malang lagi, ujibakat telah tamat sebaik sahaja mereka tiba. Poji risau kerana Nieza pasti naik angin jika dia mengetahui mereka tidak sempat menghadiri ujibakat itu. Lalu dia berpakat dengan Khayla untuk memberitahu Nieza bahawa Khayla sudah menghadiri ujibakat itu.

Dalam masa yang sama, Poji terdengar mereka turut mencari hero baru dan berbakat untuk sebuah drama adaptasi novel. Poji yang perasan kacak telah menawarkan diri. Azman, penerbit syarikat produksi itu meminta Poji menunjukkan bakat lakonannya.

Tidak disangka, Azman tertarik dengan bakat Poji dan ingin memberi peluang kepadanya. Poji sangat gembira, kerana dirinya pula yang bakal menjadi seorang pelakon. Nieza gembira dengan berita itu tetapi dalam masa yang sama timbul pula rasa cemburu memikirkan Poji akan digilai ramai wanita.

Adakah Nieza akan bersikap lebih dramatik lagi apabila Poji bergelar pelakon popular?


GAMBAR PELAKON
Suamiku Encik Mat Piun