Filem Indonesia, Surga Yang Tak Rindukan kembali dengan filem sekuelnya, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (#SYTD2) tahun ini. Filem yang diangkat dari novel popular karya novelis Asma Nadia ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Februari 2017 dan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella dan Raline Shah, Reza Rahadian serta pelakon popular Malaysia Nora Danish.
TAJUK : SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2017
Genre : Drama
Novelis : Asma Nadia
Skrip : Alim Sudio, Manoj Punjabi dan Hanung Bramantyo
Pengarah : Hanung Bramantyo
Produksi : MD Productions
BARISAN PELAKON
Fedi Nuril sebagai Prasetya
Laudya Cynthia Bella sebagai Citra Arini
Raline Shah sebagai Meirose
Reza Rahadian sebagai Doktor Syarief
Sandrinna Michelle Skornicki sebagai Nadia
Nora Danish sebagai Sheila
Kemal Palevi sebagai Amran
Tanta Ginting sebagai Hartono
Keefe Bazli Ardiansyah sebagai Akhbar
David Chalik sebagai Ustaz Yusuf
Tasya Nur Medina sebagai Medina
Vitta Mariana sebagai Lia
SINOPSIS SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2
Mengisahkan tentang sepasang suami isteri Pras (Fedi) dan Arini (Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia (Sandrina) setelah isteri kedua Meirose (Raline) membawa diri. Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria untuk mempromosikan bukunya. Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar (Keefe). Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah untuk mula hidup baru demi melupakan masa lampau yang hampir menghancurkan rumahtangga Arini. Meskipun Meirose masih menyanjung dan menyintai Pras, tetapi dia tekad untuk diceraikan. Namun, pertemuan semula dengan Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana wanita mulia itu mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras. Malah, kehadiran Doktor Syarief (Reza) dalam hidup Meirose turut menimbulkan tanda tanya. Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan akan mewarnai SYTD2.
OFFICIAL TRAILER