Astro, RTM, dan HyppTV akan menyiarkan liputan secara langsung Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 30 Ogos nanti.
Astro Arena menjanjikan liputan menyeluruh Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan lapan saluran televisyen dan empat platform digital. Empat saluran khas berdefinisi tinggi (HD) di saluran 802, 803, 804 dan 805, sementara empat saluran tambahan eksklusif menerusi aplikasi atas talian Astro GO dan NJOI Now. Astro Arena turut memperkenalkan saluran berita Nadi Arena 800 dan 803HD untuk laporan berita terkini 24 jam.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membuat liputan Sukan SEA 2017 melalui saluran TV1 dan TV2. Liputan berkenaan termasuk siaran langsung pembukaan rasmi, diikuti sesi pagi bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari; sesi petang 2 hingga 5 petang, versi bahasa Inggeris 5.30 hingga 7.30 malam dan sesi malam dari 10.30 hingga 12.30 malam
HyppTV pula menyediakan 3 saluran khas termasuk satu saluran Interaktif. Saluran-saluran tersebut adalah HyppSports HD – KL2017 1 (Saluran 720) dan HyppSports HD – KL2017 2 (Saluran 721). Saluran interaktif KL2017 pula boleh diakses dengan menekan butang i pada alat kawalan jauh HyppTV. Saluran interaktif itu akan menyediakan maklumat terkini mengenai KL 2017, sorotan berita, kutipan pingat, jadual perlawanan, sorotan video dan banyak lagi. Saluran tersebut juga boleh dinikmati secara percuma melalui aplikasi HyppTV Everywhere.
Selain itu, saluran YouTube, Kuala Lumpur 2017 Official Channel (@KL2017) yang dimiliki bersama TM akan menyediakan 15 saluran - dua untuk siaran langsung terpilih dan 13 untuk video on demand (VOD).