Di Penghujung Sujud (TV3)

Di Penghujung Sujud

Nantikan telefilem khas hari raya Bertajuk Di Penghujung Sujud menampilkan gandingan Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat dan Fezrul Khan. Disiarkan pada Hari Raya Pertama jam 2 petang di TV3.

JUDUL : DI PENGHUJUNG SUJUD
WAKTU SIARAN : Jumaat, 15 Jun 2018, 2.00 petang
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Syawal)
PENULIS SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat, Fezrul Khan, Ani Mayuni, Faez Nick, Mili Supina, Mellysa Liesa, Ikhlas Jalil, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin

SINOPSIS DI PENGHUJUNG SUJUD
Arif cacat di kaki kiri dan tangan kirinya tidak kuat akibat kemalangan motosikal semasa merempit beberapa tahun lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Zainab yang semakin uzur. Abang dan kakaknya, Azmir dan Zureen bekerja di Kuala Lumpur sebagai doktor dan jarang menjenguk mereka di kampung. Arif bekerja sebagai penjual burger dan sering menerima tomahan orang kampung kerana hidupnya tidak seperti adik beradiknya. Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab. Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama. Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat. Namun, apa yang terjadi selepas itu?