Drama Ketika Masa Terhenti (TV1)

Ketika Masa Terhenti

RTM akan menyiarkan drama bersiri bertajuk ‘Ketika Masa Terhenti’ yang menampilkan Arja Lee, Jue Aziz dan Julia Ziegler sebagai teraju utama. Drama arahan Khalid Nadzri ini akan mula bersiaran pada 12 Ogos ini, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7.00 malam mengisi slot Widuri di TV1.

JUDUL : KETIKA MASA TERHENTI
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Jumaat-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Alfanazra Productions
PELAKON : Arja Lee, Jue Aziz, Julia Ziegler, Qazem Nor, Abby Nadzri, Farzana Latiff, Nik Adam Mika, Laila Nasir

SINOPSIS KETIKA MASA TERHENTI
Mengisahkan Hairie (Arja Lee) seorang usahawan berjaya yang menjalani kehidupan dengan dua orang isterinya yang tersayang. Isteri pertama Hairie, Hawa (Jue Aziz) adalah ketua chef di sebuah kafe eksklusif di Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zahra dan Irfan. Manakala isteri kedua Hairie, Haizie (Julia Ziegler) merupakan seorang pramugari.

Hawa menerima baik Haizie sebagai madunya namun, perasaan cemburu Haizie sering timbul dan mengganggu emosinya. Dia berusaha untuk menjadi lebih tenang agar kehidupannya suami isteri dapat berjalan dengan aman dan bahagia.

Permulaan cerita menonjolkan Haizie cemburu dengan madunya Hawa. Pelbagai cara digunakan oleh Haizie untuk menyakiti Hawa sedangkan madunya itu melayan dia dengan baik sekali. Haizie melayan Hawa dengan teruk sekali dan memfitnah madunya tersebut membuatkan Hairie marah kepada Hawa.

Satu hari, Hairie kemalangan jalan raya kerana fikirannya berkecamuk dengan bermacam-macam masalah yang ditimbulkan oleh Haizie. Semasa di hospital, doktor memberitahu Hawa bahawa keadaan suaminya agak kritikal dan perlu ditempatkan di bilik Kawalan Rapi (ICU). Hawa cukup bimbang dengan keadaan suaminya. Namun sebaliknya Haizie pula tidak ambil kisah dan pulang ke rumah. Tindakannya menimbulkan kemarahan Puan Syarifah Maznah.

Keluarga Hairie berduka kerana Hairie masih belum sedar dari koma. Hawa pula tidak jemu-jemu menemani suaminya di hospital. Iqbal, sepupu Hairie juga turut bersama-sama bergilir menjaga Hairie di hospital.

Haizie pula telah menyembunyikan diri kerana berasa malu dan segan selepas dimarahi oleh Puan Syarifah Maznah. Disebabkan risau, Iqbal telah mengubah seorang penyiasat untuk mengenalpasti di manakah menghilangnya Haizie.

Syarikat perniagaan Puan Syarifah Maznah telah disabotaj oleh sebuah syarikat lain yang telah cuba untuk merampas perjanjian pembelian sewa beli tanah di Jakarta Indonesia untuk membuka kafe mereka.

Iqbal dan Hawa telah berusaha untuk mencari siapakah dalang dalam melakukan kerja kotor seperti itu. Aina, pekerja di kafe Hawa telah membuat siasatan dan mendapati syarikat yang cuba mencantas rundingan mereka adalah milik kepada seorang ahli perniagaan tersohor di Malaysia, Tan Sri Saifuddin yang juga merupakan rakan baik Puan Syarifah Maznah.

Apa yang menjadi persoalan adalah mengapakah Tan Sri sanggup mencantas perniagaan sahabat baiknya sendiri?

Hairie sedar dari komanya. Walau bagaimanapun, masalah lain muncul apabila Hairie hanya boleh mengingat ibunya dan Iqbal sahaja. Isterinya Hawa terkilan namun terpaksa memahami keadaan suaminya.

Hairie tidak dapat menerima kenyataan yang dia mempunyai isteri. Dia melayan Hawa dengan kasar dan seperti orang asing. Anak-anak Hairie, Zehra dan Irfan juga tidak dilayan.

Hairie kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah. Selang beberapa hari, Haizie kembali ke Malaysia selepas bertugas di Sydney. Haizie sangat gembira selepas mengetahui suaminya telah sedar dari koma. Namun, nasib masih tidak menyebelahi Haizie apabila Hairie juga tidak mengenalinya.

Ingatan Hairie masih belum pulih. Hairie hanya mengingati Ain, bekas kekasihnya sejak zaman sekolah yang kini menjadi guru sekolah Zahra. Keluarga Hairie meminta jasa baik Ain mengembalikan ingatan Hairie terhadap keluarga terutama isteri dan anakanaknya.

Ain dalam dilema kerana tunangnya, Khalid cemburu dia rapat dengan Hairie. Sedangkan niatnya hanya mahu membantu Hawa yang sangat menyayangi suaminya itu.

Begitu juga bagi menolong Zahra, anak muridnya mengembalikan saat manis keluarga bahagia itu.

Lalu apakah kesudahannya? Adakah Hairie dapat mengingat semula? Bagaimana pula dengan Haizie yang mula menerima hakikat sayang Hairie terhadap Hawa dan anak-anaknya tidak dapat mengatasi segala-galanya?