Drama Selamat Malam Tan Sri (TV2)

Selamat Malam Tan Sri

Drama adaptasi novel Selamat Malam Tan Sri tulisan Sri Diah Shaharuddin akan disiarkan di RTM 2 bermula 27 September ini. Drama ini diarahkan oleh Raja Mukhriz. Dibintangi oleh Dato Eizlan Yusof, Reen Rahim, Julia Ziegler, Marisa Yasmin, Idris Khan, dan Haliza Misbun. Akan disiarkan apda setiap Rabu dan Khamis, pukul 8.30 malam di TV2.

JUDUL : SELAMAT MALAM TAN SRI
JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 September 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Khamis, 8:30 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Ahmad Saabun
PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
TERBITAN : IRIS Integrated Sdn Bhd
PELAKON : Dato Eizlan Yusof, Reen Rahim, Marisa Yasmin, Haliza Misbun, Julia Ziegler, Idris Khan, Haeriyanto Hassan, Zain Alexander, Shakila Khoriri, Sharifah Shahora, Nikki Palikat, Mak Wan Latah, Farra Queen, Shukri, Hazlan Tamsir, Asang

WATAK PELAKON
Dato Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Rahman Shah
Reen Rahim sebagai Hanim Hanani
Marisa Yasmin sebagai Puan Sri Rosnita
Julia Ziegler ssebagai Netty Karmila
Haliza Misbun sebagai Datin Suhaila
Zain Alexander sebagai Hadi
Idris Khas sebagai Saiful Azam
Shakila Khoriri sebagai Mazwin
Nikki Palikat sebagai Puspa

SINOPSIS SELAMAT MALAM TAN SRI
Kisah tentang seorang wartawan bernama Hanim Hanani yang mahu membongkar rahsia Tan Sri Rahman yang dikatakan beristeri dua secara rahsia. Tan Sri Rahman Shah pula mengurus bisnesnya seperti tiada hari esok. Dia gigih bekerja, siang malam memikirkan untung dan rugi. Ditakdirkan tersiarnya satu rencana dalam majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Wartawan itu dicari. Tanpa disangka, Tan Sri Rahman mula jatuh hati dengan wartawan bernama Hanim Hanani.

Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta. Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik.

Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua. Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Isteri pertamanya wanita ternama, berharta dan berkedudukan iaitu Puan Sri Rosnita. Begitu juga isteri keduanya, Netty Karmila, bekas ratu cantik yang digilai ramai.

Sementara itu Puan Sri Rosnita boleh terima hakikat bermadu asalkan semua pihak saling menghormati, jangan sampai memperlekah kewujudannya sebagai isteri pertama. Sebagai suami Tan Sri Rahman Shah sememangnya hampir sempurna dan pandai berkongsi kasih. Dia adil dalam segala hal. Rumah banglo. Hal keperluan harian, duit belanja, percutian dan sebagainya semua lengkap. Cuma satu sahaja iaitu melibatkan populariti. Puan Sri Rosnita tidak glamor seperti isteri keduanya, Netty Karmila.

Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah tapi takdir menentukan segalanya.

Netty Karmila, bekas ratu cantik sukar menerima kenyataan dirinya sudah semakin pudar popularitinya sejak berkahwin. Apabila semuanya terjebak – Netty Karmila, Puan Sri Rosnita dan Hanim Hanani, terjadi situasi yang tidak masuk akal. Namun bukan semua perempuan tiada harga diri. Maruah mereka terpelihara demi lelaki bernama Tan Sri Rahman Shah.

Muncul pula Saiful Azam antara mereka. Tahap ego Tan Sri Rahman Shah dan anak bujangnya itu sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut cinta Hanim Hanani. Hanim keliru memikirkan siapa yang harus dipilih. Dia mahu lari, pergi jauh tapi ke mana?