JUDUL : WALIUDDIN 2 RINGGIT
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 2:30 petang
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENGARAH : Ollynn Khadri & Hashim Rejab
PRODUKSI : CMA Media Sdn Bhd
PELAKON : Rykarl Iskandar, Syafie Naswip, Aishah Azman, Fathil Dani, Lisdawati, Anne Abdullah, Wanns Ahmad, Adeq Jiey, Syarizam Sheryy, Elanie, Lizza Abdullah
WATAK PELAKON
Rykarl Iskandar sebagai Waliuddin
Syafie Naswip sebagai Abdul Aziz
Aishah Azman sebagai Jannah
Fathil Dani sebagai Aziyan
Wanns Ahmad sebagai Razi
Adeq Jiey sebagai Umar
SINOPSIS WALIUDDIN 2 RINGGIT
Waliuddin (Wali) tinggal bersama ibu dan kakaknya setelah kematian ayahnya. Wali seorang budak yang pintar dan sangat manja tetapi perangainya agak sedikit nakal yang kadang-kadang menjadi keluhan penduduk kampung. Dalam pada itu, Aziz yang sampai ke kampung itu dibenarkan tinggal di masjid. Dia mula berkawan rapat dengan Wali. Wali sangat gemar membantu orang-orang kampung seperti membelikan barang-barang di kedai atau menunjukkan arah jalan dengan syarat membayar upah dua ringgit kepadanya.
Satu hari Wali dituduh mencuri buah betik kepunyaan Makcik Suraya. Namun Wali memberikan alasan mengambil buah berkenaan yang sudah jatuh ke tanah dan dianggap membazir jika dibiarkan begitu saja. Pada masa sama duit tabung masjid didapati hilang dan Pak Mat menuduh Wali yang mencurinya. Wali berpakat dengan Tok Imam untuk memasang CCTV. Akhirnya pencuri berkenaan berjaya ditangkap.
Kenakalan Wali berterusan bila dia berani mengambil basikal kakaknya Jannah dan melarikan diri dari masjid kerana tidak mahu mengaji. Bagaimanapun Wali sebenarnya banyak melakukan kebaikan. Dia turut membantu Pak Latif membaca Al-Quran yang bakal mengerjakan umrah tidak lama lagi. Sementara itu, hubungan Jannah dan Aziz semakin rapat. Namun Mak Timah menuduh Jannah dan Aziz sering berdua-duaan di bangsal kampung. Aziz yang dituduh bukan-bukan terus menghilangkan diri.
Pelakon drama Waliuddin 2 Ringgit |