Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh

Patah Sayap Bertongkat Paruh

Nantikan drama adaptasi novel Patah Sayap Bertongkat Paruh karya Hana Ilhami yang akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Zarul Husin. Drama arahan Along Kamaluddin, terbitan Zeel Production Sdn Bhd. Akan ditayangkan bermula 3 April setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.

JUDUL : PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Lynnda Sharudin
PENULIS NOVEL : Hana Ilhami
PENGARAH : Along Kamaluddin
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Makjah, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem, Hanna Aqeela, Lydiawati, Ika Nabila, Ikhlas Jalil, Makjah

WATAK PELAKON 
Aaron Aziz sebagai Talhah
Fasha Sandha sebagai Aliah
Zarul Husin sebagai Hisyam
Elly Mazlein sebagai Hasnah
Sofia Dendroff sebagai Sarah
Amelina sebagai Maznah
Cat Farish sebagai Nasrul
Jalil Hamid sebagai Pak Osman
Hanna Aqeela sebagai Diana
Lydiawati sebagai Mak Piah
Ika Nabila sebagai Adawiyah
Amira Othman sebagai Ros
Aman Aziz sebagai Irsyad
Haziq MacQuistan sebagai Din
Farzana Latiff sebagai Anis
Adib Haziem Johan sebagai Asrul
Ikhlas Jalil sebagai Rafael

LAGU TEMA 
Ku Bersuara - Ernie Zakri
Biarlah Rahsia - Melly Goeslow

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH
Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya. 

Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?