Drama Aku Yang Kau Tinggalkan

Aku Yang Kau Tinggalkan

Nantikan drama adaptasi novel Aku Yang Kau Tinggalkan karya Alina Haizar yang bakal menemukan kembali gandingan Ungku Ismail Aziz dan Elizad Sharifuddin sebagai teraju utama. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan disiarkan setiap hari pada bulan Ramadan bermula 6 Mei 2019 jam 7 malam di TV1.

JUDUL : AKU YANG KAU TINGGALKAN
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Mei 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid & Ab Zarith
PENULIS NOVEL : Alina Haizar
PENGARAH : Azri
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Liza Zain, Sharifah Husna, Azhar Amir, Amirul Faqeem, Izzat Mushtaq

WATAK PELAKON 
Ungku Ismail Aziz sebagai Zaril Ikhwan
Elizad Sharifuddin sebagai Nia Athirah
Aedy Ashraf sebagai Zainal Azman
Husna Mustaffa sebagai Hajer
Liza Zain sebagai Pn Hanida
Syaffiq Sahli sebagai Shahid
Amirul Faqeem sebagai Nizam
Natasya Mahyan sebagai Ani
Laila Nasir sebagai Mak Cik Rosnah
Adam Shadan sebagai Sazali
Safwan Nazri asebagai Syafiq
Sharifah Husna sebagai Raihana
Izzat Mushtaq sebagai Maximo

SINOPSIS AKU YANG KAU TINGGALKAN
Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu ?

GAMBAR PELAKON
Pelakon Aku Yang Kau Tinggalkan
Pelakon utama - Zaril dan Nia
Aku Yang Kau Tinggalkan