Saksikan drama bersiri Aurora Aisyah di RTM TV1 bermula 1 Februari 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 3.00 petang. Drama 26 episod arahan Raja Ahmad Alauddin dan skrip oleh Sharisa Haris.
JUDUL : AURORA AISYAH
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 Februari 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 3.05 petang
SIARAN TV : Slot Widuri, TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Sharisa Haris
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Daniella Sya, Hanis Kamal Bakar, Leeza Zain, Mandy Chong, Wu Guangchuan, Lia Natalia, Ain Evon Tay, Esma Daniel, Mawar Rashid, Syafie Naswip, Syafnida Shuhaimi, Erwin Dawson, Muaz Fitri, Wong Yokkim, Chew Kin Wah, Soosan Hoh, Sharisa Haris, Fauziah Nawi
WATAK PELAKON
Daniella Sya sebagai Siew Lee @ Aisyah
Hanis Kamal Bakar sebagai Zafran
Mandy Chong sebagai Cheoh Bak Ee
Leeza Zain sebagai Mak Biah
Esma Daniel sebagai Zafran
Mawar Rashid sebagai Eryna
Syafie Naswip sebagai Eryman
Syafnida Shuhaimi sebagai Sherry
Erwin Dawson sebagai Hariz
Chew Kin Wah sebagai Ah Chong
Soosan Hoh sebagai Bak Ee
Sharisa Haris sebagai Sara
WATAK PELAKON
Haikal Ali - Bertemu Kembali
SINOPSIS AURORA AISYAH
Mengisahkan perhubungan antara sebuah keluarga berbangsa Melayu dan keluarga Tionghua yang menetap di sebuah kampung. Mereka menjalani kehidupan harmoni malah Zafran mula bekerja di kebun Ah Chong. Siew Lee berminat pada Zafran dan mahu mendalami Islam.
Dia cuba mempelajari agama Islam daripada ibu saudaranya, Soo Ling (Ain) yang telah memeluk agama Islam. Siew Lee mula membaca buku panduan bersolat yang diberikan oleh Ain. Ah Chong sedar mengenai perkara ini dan tiada halangan kepada perhubungan di antara anak perempuannya dengan Zafran. Sebaliknya ibu Siew Lee, Bak Ee menentang keras dan mahu memisahkan kedua-dua remaja ini.
Siew Lee sentiasa dimarah oleh ibunya, Bak Ee kerana persahabatannya dengan Zafran. Bermacam cara dilakukannya untuk memisahkan hubungan mereka. Siew Lee sedih dan ayahnya turut berasa susah hati melihat anaknya dalam keadaan begitu. Ain berjumpa dengan Siew Lee untuk membincang mengenai masalah yang dihadapinya.
Siew Lee pula mencadangkan kepada Zafran supaya mereka berkahwin. Zafran membincangkan perkara ini dengan ibunya, Biah, dan mendapat restunya. Dengan bantuan Ain dan suaminya, Siew Lee memeluk agama Islam secara rasminya menukar nama kepada Aisyah. Zafran dan Aisyah melangsungkan perkahwinan secara rahsia.
Selepas lima bulan Aisyah disahkan mengandung dan perkara itu dihidu Bae Ee yang kemudiannya mengamuk besar setelah menemui dokumen berkaitan dengan pertukaran agama dan perkahwinan Aisyah. Bak Ee membuat helah untuk membawa Aisyah ke kedai sinseh untuk mendapat ubat bagi Aisyah.
Niat Bak Ee sebenarnya ialah untuk membelikannya ubat bagi mengugurkan kandungannya. Aisyah terdengar perbualan Bak Ee dengan sinseh pada saat terakhir tetapi masih sempat melarikan diri dari kedai itu ke rumah Biah, ibu mentuanya.
Bak Ee kemudiannya membuat helah dan berjaya memujuk Aisyah untuk melahirkan anak di rumah mereka. Dia akhirnya berjaya mengurung Aisyah. Tanpa bantuan sesiapa Aisyah melahirkan anak kembar diberi nama Eryna dan Eryman.
Aisyah tidak berjaya diselamatkan dan meninggal dunia. Bae Ee benar-benar kecewa dan menyerahkan cucu-cucunya kepada Biah. Selepas itu, dia dan suaminya memindah barang-barang rumah dan meninggalkan kampung itu.
Masa berlalu dua beradik itu sudah dewasa. Eryna menyara keluarga sebagai tukang jahit dan bekerja dari rumahnya. Eryman pula menuntut di Universiti. Sementara itu, Zafran diserang angin ahmar dan lumpuh separuh badan. Beliau tidak dapat bercakap dan sentiasa duduk di kerusi rodanya.
Pelakon drama Aurora Aisyah |