Titi Kayu (TV3)

Titi Kayu tv3

Saksikan telefilem Titi Kayu lakonan Michael Ang dan adik Syed Ali Murtadha, istimewa sempena Tahun Baru Cina pada Sabtu, 9 Februari jam 9.30 Malam di TV3 

JUDUL : TITI KAYU
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Februari 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Joe Sidek
PENGARAH : Raja Mukhriz
PRODUKSI : Eleven Field Sdn Bhd
PELAKON : Michael Ang, Syed Ali Murtadha, Rahim Omar, Riz Amin, Margaret Gan, Jaja Iliyes, Iqram Dinzly, Aril Shahril

LAGU : Dia Ada - Farah

SINOPSIS TITI KAYU 
Kisah Cheong Ah Ling atau Alim, adalah seorang pemuda lurus bendul yang bersahabat baik dengan seorang kanak-kanak, Umar. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar. 
Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

Pelakon Titi Kayu
Pelakon telemovie Titi Kayu