
Saksikan kesinambungan drama Pia dalam telefilem Derita Pia disiarkan pada raya ketiga pukul 9 malam di TV3.
Derita Pia
Waktu Siaran: Jumaat, 7 Jun 2019, 9:00 malam
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Sofia J Rhyland, Sheila Rusly
Pengarah: Azman Yahya (Jinggo)
Produksi: JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Syifa Melvin
Lagu Tema: Sumpah - Naim Daniel
Sinopsis Derita Pia
Qis yang telah lama menghilangkan diri tiba- tiba muncul. Qis mengaku bahawa dia masih mencintai Zafran dan ingin mengahwini Zafran memandangkan Pia tidak boleh hamil lagi dan meminta minta Pia untuk merestui dan menganggap kehadirannya hanya untuk membantu meringankan beban Pia menjaga Zafran serta memberikan waris kepada Zafran.
Sedar tentang kelemahan dirinya, akhirnya Pia redha untuk Qis menjadi isteri kedua. Namun pengorbanannya tidak dihargai. Setelah Qis disahkan mengandung, Pia mula disisihkan sehingga Pia nekad untuk mengundur diri. Zafran yang tidak mahu melepaskan Pia, cuba untuk berbincang. Pia meluahkan segala rasa yang selama ini dia pendam dan Zafran mula sedar kesilapannya ini yang sering mengabaikan Pia.
Namun mereka berdua telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Setelah sedar dari koma Zafran terkejut apabila dia dapat melihat semula. Rupanya kemalangan itu telah meragut nyawa Pia. Barulah Zafran sedar bahawa dia sudah dapat lihat dunia semula, tetapi dia kehilangan orang yang paling jujur dan paling ikhlas dengannya.