Drama Utusan Cinta Buat Adam (TV3)

Utusan Cinta Buat Adam

Nantikan drama adaptasi novel Utusan Cinta Buat Adam karya Myra Ameer yang bakal menghiasi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Puteri Aishah. Diarahkan oleh Along Kamaludin. Bakal menemui penonton bermula 3 Julai 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : UTUSAN CINTA BUAT ADAM
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Myra Ameer
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A-Ten Alliances Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim, Hariesa DFKL, Annie Mosha, Zainon Ismail, Aishah Along Kamaludin, Gen Darwish

WATAK PELAKON
Puteri Aishah sebagai Aireen Husna
Kamal Adli sebagai Adam Firdaus
Sharifah Sakinah sebagai Liyana
Kartina Aziz sebagai Hajah Maimon
Nazeera Sardi sebagai Fazrin
Nazrief Nazri sebagai Tengku Aidit
Ikhlas Jalil sebagai Zarul
Sharifah Shahora sebagai Liza
Noniswara eebagai Arza
Kuza Muzani sebagai Rosnah
Aleeza Kasim sebagai Noreen
Hariesa DFKL sebagai Ainul
Annie Mosha sebagai Adura
Zainon Ismail sebagai Pak Mail
Aishah Along Kamaludin sebagai Azrina
Gen Darwish sebagai Afiey
Hafiz Bahari sebagai Hafeez

LAGU TEMA / OST
Sharifah Zarina - Pernah Bahagia → Youtube
Insomniacks - Pulang
Superchild - Pasti Menunggu

SINOPSIS UTUSAN CINTA BUAT ADAM
Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasullulah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.

Adam binggung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen.

Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan.

Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang.

Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya.

Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula mengunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bahagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?

GAMBAR PELAKON