Drama Pesan Pada Hati (TV3)

Pesan Pada Hati

Nantikan drama bersiri Pesan Pada Hati diterajui oleh Shukri Yahaya dan Nabila Razali. Drama arahan terakhir arwah Raja Ahmad Alauddin. Akan ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula 25 Oktober, setuap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam.

JUDUL : PESAN DARI HATI
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:0 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
IDEA ASAL : Sari Hermawati
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Chinta Nadeesha, Sari Hermawati
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin & Natasya Nasir
PRODUKSI : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Yusof
Nabila Razali sebagai Zulaikha
Sara Ali sebagai Yanna
Chacha Maembong sebagai Ardina
Arja Lee sebagai Virza
Firdaus Ghufran sebagai Amir
Bella Rose sebagai Fazilah
Muaz Fitri sebagai Ustaz Taufiq
Jasmin Hamid sebagai Puan Ruby
Elya Miera sebagai Mariam
Liza Abdullah sebagai Hajar
Anne Abdullah sebagai Jamilah

LAGU TEMA / OST
Azlan and The Typewriter - Jangan Khianati Aku
Sissy Iman - Hidup
Shaffiq Erwin - Jangan Kau Jauh

SINOPSIS PESAN DARI HATI
Mengisahkan mengenai Yusuf dan Zulaikha yang jatuh cinta namun terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama akibat perselisihan faham di stesen komuter di antara Yusuf (Shukri Yahaya) dan Zulaikha (Nabila Razali) yang tidak disangka dalam diam telah menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja.

Pada awalnya, Zulaikha tidak menyukai Yusuf dan sering jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha juga risau kerana ibunya, Hajar (Liza Abdullah) pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak yang paling disayanginya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar.

Yusuf telah melamar Zulaikha tetapi Zulaikha perlukan masa untuk memujuk Hajar. Pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam. Kematian Aakif memberi kesan kepada Zulaikha. Zulaikha tidak sampai hati ingin melukakan hati Hajar lagi jika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Yusuf.

Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. Semenjak itu, Yusuf sedikit sebanyak mula mengubah jalan hidupnya. Pelbagai kejadian yang menimpanya membuatkan Yusuf bermuhasabah diri.

Yusuf meninggalkan hobi dan perangai lamanya. Rubi (Jasmin Hamid), ibu Yusuf, gembira melihat perubahan Yusuf. Rubi terfikir adakah Yusuf masih mencintai Zulaikha. Rubi yakin Yusuf masih menanti Zulaikha walaupun Yusuf tidak menunjukkannya. Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu dan mengetahui bahawa Maryam merupakan kakak kepada Yusuf.

Semuanya terjadi apabila Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Akif dan Maryam yang jatuh sakit. Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan menjadikan Zulaikha sebagai tempat untuk dia membalas dendam. Yusuf setuju untuk membantu, tetapi dengan syarat Zulaikha perlu menjadi hambanya.

Mungkinkah tiada lagi cinta di hati Yusuf buat Zulaikha?

GAMBAR PELAKON
Pesan Pada Hati

Pelakon Pesan Pada Hati
Pelakon drama Pesan Pada Hati