Drama Seadanya Aku (TV3)

Seadanya Aku

Nantikan drama adaptasi novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya di slot Akasia TV3. Menyatukan semula gandingan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd. Ditayangkan bermula 15 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam. 

JUDUL : SEADANYA AKU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi & next scene team
PENULIS NOVEL : Rissa Ahdiya
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah

WATAK PELAKON 
Azlee Khairi sebagai Zarul
Zara Zya sebagai Aufiya
Elvina Mohamad sebagai Wina Ahmad
Redza Rosli sebagai Taufik
Dayana Roza sebagai Zureen
Fadlan Hazim sebagai Hadi
Sharifah Husna sebagai Eliza
Norish Karman sebagai Kartina
Ainina Ahmad sebagai Salma
Jasmin Hamid sebagai Jumah

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Seadanya Aku
Penyanyi : Ippo Hafiz
Lirik : Fedtri Yahya & Ippo Hafiz

SINOPSIS SEADANYA AKU
Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya. 

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

Seadanya Aku

Pelakon Seadanya Aku
Pelakon drama Seadanya Aku