Saksikan telatah kanak-kanak kecil dalam telefilem Tilam Lama Tukar Baru pada 14 September, Sabtu pukul 9:30 malam di TV3.
JUDUL : TILAM LAMA TUKAR BARU
WAKTU SIARAN : Sabtu, 14 September 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
IDEAL ASAL & SKRIP : Zulkifli Osman
PENGARAH : Ayie Mustafa
IDEAL ASAL & SKRIP : Zulkifli Osman
PENGARAH : Ayie Mustafa
PRODUKSI : ZK Creative Sdn Bhd
PELAKON : Indah Emeerlda, Duerra Mitilda, Habiel Lutfillah, Roger Shak, Krishvin, Amar Asyraf, Idris Mat Diah, Nazmi
SINOPSIS TILAM LAMA TUKAR BARU
Lima orang sahabat, Aiman, Nuara, Tiara, Ramu dan Stanley telah menjumpai sebuah tilam lama yang ditinggalkan oleh pemandu lori kerana katanya ada penunggu. Mereka mengambil tilam itu untuk dijadikan tempat bermain dan diletakkan di pondok hasil tangan mereka.
Suatu hari, Aiman sedang berehat di atas tilam dan ternampak kepingan duit tersorok di celahan tilam. Aiman mengambil sedikit wang itu kerana dia berniat untuk bersedekah.
Rakan-rakannya melihat Aiman berkelakuan pelik dan memintanya untuk berterus terang. Ramu teruja apabila mengetahui tentang duit itu dan dia telah mengambil sedikit untuk digunakan untuk belanja kawan-kawannya makan.
Ketika masing-masing sibuk menyelongkar tilam itu, mereka terjumpa sepucuk surat yang terselit di celahan tilam itu. Dalam surat itu menceritakan tentang seorang ibu yang merindui kepulangan anaknya, Kamal yang merantau jauh. Malah dalam surat itu maklumkan jika menjumpai wang itu, boleh diderma kepada mereka yang kurang berkemampuan.