Sinopsis filem Kolong (2019)

Filem Kolong

TAJUK : KOLONG
Tarikh Tayangan : 17 Oktober 2019
Genre : Seram & Misteri
Idea : Shafirulnizam Dato Haron
Skrip : Ellyana Ahmad
Pengarah : Zul Abu Kassim
Terbitan : Madness Films & Bentuk Pesona Sdn Bhd
Pelakon : Wan Raja, Annie Arifin, Luthya Suri, Izzy Riff, Nor Albaniah, Joey Daud, Mamak Puteh, Vanessa Angle

SINOPSIS KOLONG 
Mengisahkan Seri (Luthya Suri) yang terperangkap dalam hutang terpaksa lari dari dua orang samseng yang memburunya. Dia pulang ke kampung dan cuba mengambil geran tanah ibunya untuk membayar hutang tetapi hasratnya itu dihalang oleh adiknya Rudy (Izzy Riff). Rudy menyuruh Seri berkerja dengan Hairi (Wan Raja) yang buta tinggal di sebuah rumah banglo diatas bukit. 

Di banglo itu Hairi ditemani oleh doctor peribadinya Dr Umar (Joey Daud) dan Citra (Vanessa Angle). Sebelum ini pembantu yang diambil oleh Hairi hilang secara misteri kerana diganggu roh arwah isterinya Hanna (Annie Arifin) yang mati dalam kemalangan. Hairi menawarkan gaji RM 5,000 sebulan kepada sesiapa yang boleh jadi pembantunya. Seri yang terdesak menerimanya walaupun dia merasa seram ketika berada di rumah itu.

Hairi melarang Seri memasuki bilik di bawah rumah di banglo itu. Menjangkakan disitulah Hairi menyimpan harta, Seri berpakat dengan Rudy dan Putih (Putih Mamak) untuk menyamun Hairi.

Di malam kejadian 2 orang samseng yang mengekori Seri telah turut sama memecah masuk ke banglo itu. Rancangan mereka merompak gagal kerana semua pintu telah terkunci. Kelima-lima mereka cuba mencari ialan keluar. Mereka mahu melarikan diri tetapi terperangkap didalam banglo yang mempunyai seribu misteri serta diburu oleh tuan rumah Hairi.

Berjayakan mereka melepaskan diri ? Apakah kisah misteri yang menyelubungi di rumah tersebut?