Puisi Wan Malini (TV1)

Puisi Wan Malini

Saksikan telefilem Puisi Wan Malini lakonan Nur Risteena, Aedy Ashraf dan Riz Amin pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV1. 

JUDUL : PUISI WAN MALINI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 5 Oktober 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (Panggung RTM)
PENGARAH : Feroz Abdul Kader
PELAKON : Nur Risteena, Aedy Ashraf, Riz Amin dan Farah Wahida

SINOPSIS PUISI WAN MALINI
Kisah Wan Malini yang bercita-cita untuk memenangi Anugerah Sastera Perdana. Dia gagal memenangi anugerah tersebut tetapi dia mendapati karya yang menang itu sangat menyerupai karya ciptaannya.

Wan Malini amat meminati sastera dan bidang penulisan. Mula terlibat dalam penulisan puisi sejak remaja. Sementara itu dalam diam Ehsan seorang budak penghantar (despatch) pemuda yang berasal dari flat PPRT ada menaruh hati pada Wan Malini tetapi tidak berani menyuarakannya kerana merasa rendah diri. 

Ketika sibuk menyiapkan beberapa puisi untuk pertandingan, Wan Malini telah berkenalan dengan Kamil seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan. Untuk menawan hati Wan Malini, Kamil berpura pura meminati puisi. Kamil telah menciplak puisi karya Wan Malini serta menghantarnya untuk pertandingan dan naskah tersebut menang tempat ketiga. 

Wan Malini marah dan memohon penganjur menarik balik dan memviralkan perkara tersebut. Ramai nitizen mengecam tindakan Wan Malini sebaliknya memuji Kamil. Akibat tertekan dengan kecaman tersebut, Wan Malini mengambil keputusan berhenti menulis. 

Ketika kanak-kanak, Ehsan adalah mangsa dera. Wan Malini simpati dengan nasib yang menimpa Ehsan dan hubungan mereka menjadi rapat. Ehsan amat meminati puisi Wan Malini dan sentiasa memberi peransang untuk beliau terus berkarya. 

Wan Malini tertarik dengan lagu ciptaan Ehsan yang ditujukan khas kepadanya dan berjanji akan kembali menulis. Mampukah Wan Malini bangkit kembali untuk berkarya ketika dirinya kecewa dengan apa yang telah berlaku?