Saksikan telefilem Aku Belum Mahu Mati lakonan Zara Zya dan Adi Putra bersiaran di slot Cerekarama, Sabtu,9 November, 9.30 malam di Tv3
JUDUL : AKU BELUM MAHU MATI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 November 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Murali Abdullah
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Adi Putra, Tasha Shila, Syida Melvin, Kismah Johar, Farah Ahmad
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Murali Abdullah
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Adi Putra, Tasha Shila, Syida Melvin, Kismah Johar, Farah Ahmad
SINOPSIS AKU BELUM MAHU MATI
Maria, wanita yang bekerjaya, tidak menitikberatkan soal keagamaan dan agak cenderung mengumpul pelbagai jenis patung walaupun tidak digemari oleh suaminya. Maria merasakan dirinya masih muda dan tidak gemar apabila dinasihati Nora, rakan baiknya, mengenai solat dan pemakaian yang menutup aurat. Bagi Maria, kematian itu masih jauh lagi. Nasihat Irfan, suaminya, pun dibantah. Irfan tidak mahu mempertikaikannya kerana beliau banyak menumpang kemewahan Maria.
Hari ulangtahun perkahwinan mereka dirancang oleh Maria ke Bali walaupun Irfan seringkali mencadangkan agar mereka ke tanah suci. Namun bagi Maria, mereka masih muda dan akan menjejakinya apabila tua kelak.
Di Bali, mereka telah memilih sebuah resort yang menarik dan melambangkan ciri-ciri tradisional masyarakat Bali. Mereka disambut meriah dengan kalungan bunga serta muzik dan tarian tradisional Bali yang menarik. Chalet yang disediakan untuk mereka begitu eksklusif khas untuk pengantin yang sering hadir untuk berbulan madu