Drama adaptasi novel I Love You Cikgu karya Imanisa Riana akan mula ditayangkan di TV1 bermula 3 Januari 2020. Menampilkan gandingan Sean Lee dan Hanna Aqeela. Saksikan I Love You Cikgu setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 malam di TV1.
JUDUL : I LOVE YOU CIKGU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Januari - 24 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Khamis-Ahad, 7 malam
SIARAN TV : Slot Widuri, TV1 RTM
PENULIS SKRIP : Maizurah Ederis
PENULIS NOVEL : Imanisa Riana
PENGARAH : Fairuz Loy
PRODUKSI : ScreenWorks International & Alternate Studio Sdn Bhd
PELAKON : Sean Lee, Hanna Aqeela, Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr, Sura Sojangi, Joyce Harn, Rashidah Jaafar, Janet Khoo , Lavin Seow, Taufiq Izmir
WATAK PELAKON
Sean Lee sebagai Chan Chee Hong / Muhammad Nur Iman
Hanna Aqeela sebagai Sara Raihana
Aidil Aziz sebagai Farid
Nisha Dirr sebagai Lina
Sura Sojangi sebagai Cikgu Norita
Joyce Harn sebagai Lee Fong
SINOPSIS I LOVE YOU CIKGU
Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya.
Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman.
Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?
Pelakon drama I Love You Cikgu |