Drama Superhero Hati

Superhero Hati

Drama adaptasi novel Superhero Hati karya Wardina Aisyah akan disiarkan bermula 3 Januari 2019 di Salam HD saluran 113 Unifi TV. Menampilkan lakonan Amar Asyraf, Ezzaty Abdullah, Nafiez Zaidi dan ramai lagi. Ditayangkan setiap hari Jumaat pukul 6 petang.

JUDUL : SUPERHERO HATI
TARIKH TAYANGAN : 3 Januari 2019
WAKTU SIARAN : Jumaat, 6 petang
SIARAN TV : Salam HD (Unifi TV)
PENULIS SKRIP : Rina Khan
PENGARAH : Rusdi Ramli
PRODUKSI : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Amar Asyraf, Ezzaty Abdullah, Nafiez Zaidi, Hanna Qistina, Raja Azmi, Aisya Hasna, Nafiez Zaidi, Khalida Balqis, Umar Dzarif, Aishah Atan, Dilla Ahmad

WATAK PELAKON
Amar Asyraf sebagai Akasyah Alimin
Nafiez Zaidi sebagai Wan Daniel
Ezzaty Abdullah sebagai Dahlia Suhana
Umar Dzarif sebagai Adam Zakwan 
Raja Azmi sebagai Hajah Fauziah
Aishah Atan sebagai Datin Faridah
Puteri Ateeqah Ayu sebagai Suraya
Hanna Qistina sebagai Zaza
Dilla Ahmad sebagai Sarimah 

SINOPSIS SUPERHERO HATI
Akasyah Alimin, dia duda terhangat idaman wanita. Kehilangan isteri tercinta menyebabkan dia menjadi seorang yang menyendiri. Masanya hanya dihabiskan pada kerja dan pesakit-pesakitnya. Sehingga dia tidak sedar, perbuatannya ini mengundang rasa kecewa di hati si kecil bernama Adam. Satu-satunya permata hati peninggalan arwah Zahida. 

“Kalau abah sayangkan Adam, abah tak mungkir janji. Abah kata nak datang awal… tapi abah tak datang pun. Kalau Adam masih ada mama… tentu mama tak biarkan Adam tunggu lama-lama kat sekolah.” - Adam

Dahlia Suhana. Kenangan cinta monyet itu tak pernah dilupakan. Walau telah bertahun lamanya, lelaki pertama yang pernah dicintai dalam diam itu tetap bernafas dalam hati. Meski dirinya merupakan tunangan orang, namun si dia juga yang dinanti.

Wan Daniel, dia kasanova terhebat. Tak pernah kekal dengan mana-mana wanita. Baginya cinta ibarat menukar baju. Tak perlu kekal lama. Siapa sangka, hatinya tunduk pada seorang gadis gemuk yang comel. Berbagai usaha dilakukan sehingga dia berjaya meraih hati si gadis pujaannya itu. Namun, satu pertemuan, merubah segala-galanya.

“Saya dah lama cintakan awak. Sejak kita di bangku sekolah. Cuma saya tak berani nak luahkan isi hati saya masa tu.” – Akasyah Alimin. “Kenapa mesti ada pertemuan dan perpisahan? Sungguh… Aku tak suka semua ni!” – Dahlia Suhana. “Mungkin memang dah takdir hidup awak bersama dia dan bukannya saya. Apa pun keputusan awak, saya terima dengan hati terbuka. Cuma saya nak awak tahu, awak satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hati saya untuk berumah tangga.” – Wan Daniel.

Suhana keliru. Siapa yang harus dipilih? Antara si doktor dan si juruterbang? Atau perlukah dia terus menguburkan perasaannya sendiri demi kebaikan semua orang? Benar, kisah cinta tak seharusnya berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan. Takdir Allah itulah yang terbaik.

GAMBAR PELAKON
Superhero Hati

Pelakon Superhero Hati

Drama Superhero Hati