Drama Korban Kasih (TV1)

Korban Kasih

Drama adaptasi novel 'Korban Kasih' karya Fatimah Saidin akan menemui penonton di RTM TV1 pada bulan Ramadan nanti. Menampilkan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Drama arahan Pali Yahya, terbitan Mache All Star United. Akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan ramadan pukul 7 malam di TV1. Boleh juga ditonton melalui portal myklik.rtm.gov.my

JUDUL : KORBAN KASIH
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Hassan, Nadiyah Shahab, Elnisa Ryun, Riz Amin, Meor Mohd, Haziq Fadhullah, Anne Abdullah 

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Jalil
Azrel Ismail sebagai Jamil 
Zara Zya sebagai Fatimah
Ummi Nazeera sebagai Aisha
Dynas Mokhtar sebagai Norizah
Hasnul Rahmat sebagai Fauzi
Ezzaty Abdullah sebagai Aziah (Kak Long)
Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Ismail
Sheila Hassan sebagai Datin Hasnah
Nadiyah Shahab sebagai Fika
Elnisa Ryun sebagai Farah 
Riz Amin sebagai Fuad 
Meor Mohd sebagai Hassan 

LAGU TEMA / OST 
Sampai Syurga - Ezad Lazim feat Idayu

SINOPSIS KORBAN KASIH
Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah merupakan adik bongsu kepada Kak Long serta pasangan kembara Jamil dan Jalil. Sejak kecil lagi, Jalil dibezakan kasih sayang oleh ibu mereka. Jamil dan adik beradik yang lain mendapat layanan yang baik tetapi Jalil dilihat sebagai anak malang yang dinafikan haknya sebagai anak. Jalil sangat dibenci oleh ibu sendiri dan telah didera dari segi emosi dan fizikal.

Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah  dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tela dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.

Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.

Tekanan demi tekanan, jiwa Jalil rapuh akhirnya. Dia mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Fatimah dan ibunya. Fatimah sebagai adik yang rapat dengan Jalil terpaksa mengambil alih tugas Jalil menguruskan keluarga. Jamil pula dilihat tidak biasa memikul tanggungjawab mengurus keluarga. Ternyata, keadaan tidak sama sewaktu Jalil ada. Kehidupan ibu mula rasa pincang tanpa Jalil dan timbul rasa insaf dan sesal kerana membenci Jalil hingga Jalil pergi tanpa berita.

Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, Jalil kembali ke kampung bersama datuknya. Kepulangan Jalil sangat dirai oleh ibu dan adik-beradiknya. Mereka hidup bahagia bersama.

Keadaan keluarga tegang semula apabila Jamil yang dikahwinkan dengan Aisya oleh ibu telah menghilangkan diri di hari perkahwinannya. Jamil hilang tanpa pesan. Ibu merasa sangat menyesal mengaturkan jodoh Jamil dengan Aisya. Namun Aisya sebagai isteri yang baik sanggup menunggu walau Jamil sudah bertahun meninggalkannya.

Fatimah yang kasihan Aisya telah memujuk Jalil agar mengahwini Aisya. Demi kebahagiaan ibu, Fatimah dan Aisya, Jalil akhirnya bersetuju mengahwini Aisya. Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil.

Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?

GAMBAR PELAKON
Korban Kasih

Pelakon Korban Kasih
Keluarga Fauzi dalam drama Korban Kasih
Korban Kasih tv1
Pelakon wanita drama Korban Kasih