Nantikan drama adaptasi novel 'Cinta Untuk Raf' karya Rabihah Nur Ridhuan akan ditayangkan di saluran rtm. Menampilkan lakonan Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat dan ramai lagi. Drama arahan Zek Zukry, terbitan Open Echo Communications. Cinta Untuk Raf bakal mengisi slot Bidadari di TV1 mulai 15 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang.
JUDUL : CINTA UNTUK RAF
EPISOD : 26
TAYANGAN : 15 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 3.05 petang
SIARAN TV : Slot Bidadari TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Adza Emie
PENULIS NOVEL : Rabihah Nur Ridhuan
PENGARAH : Zek Zukry
PRODUKSI : Open Echo Communications Sdn Bhd
PELAKON : Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin, Shakira Stephen
WATAK PELAKON
Luqman Hafidz sebagai Raf
Sasqia Dahuri sebagai Dr Orked Huwaina
Tash Yong sebagai Humaira / Tasya / Inara
Badrul Muhayat sebagai Raza
Dilla Ahmad sebagai Aqilah
Mustaqim Bahadon sebagai Noah Sulaiman
Tina Rasid sebagai Nadirah
Zarynn Min sebagai Lily
Idris Md Diah sebagai Ariz
Ema Akma sebagai Zaharah
Melissa Campbell sebagai Dr Kim
Kristina Vinokree sebagai Sherena Mona
Dayana Jasmin sebagai Humairah 12 tahun
SINOPSIS CINTA UNTUK RAF
Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.
Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.
Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?
GAMBAR PELAKON