Drama Jalan Sesat Ke Syurga

Jalan Sesat Ke Syurga

Nantikan drama bersiri 'Jalan Sesat Ke Syurga'di slot Tiara Astro Prima. Dibarisi pelakon seperti oleh Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama arahan Shuhaimi Zulkifli ini mengangkat isu ajaran sesat serta membongkar kisah benar kesesatan beragama yang berada di dalam negara kita. Akan menemui penonton bermula 3 Ogos 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di Astro Prima.

JUDUL : JALAN SESAT KE SYURGA
EPISOD : 34 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara (Astro Prima & Prima HD)
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Osman Ali & Shuhaimi Zulkefli
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan, Zulhelmy, Nelissa Nizam, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Sri Idrina, Ziema Din

WATAL PELAKON
Aaron Aziz sebagai Hamzah
Elizad Sharifuddin sebagai Inara
Jalaludin Hassan sebagai Dr Zaqwan (Ayah Inara)
Aleza Shadan sebagai Asyirah (Ibu Inara)
Nelissa Nizam sebagai Ain
Zul Helmy sebagai Afiq
Sri Idrina sebagai Julia
Zalfa Zin sebagai Sally
Suzane Ortiz sebagai Muna
Saliza Ali sebagai Ema
Rashidah Jaafar sebagai Halimah
Naza Manas sebagai Madi
Abil Habshi sebagai Ikhwan

LAGU TEMA - OST
Luka - Madam

SINOPSIS JALAN SESAT KE SYURGA
Inara (Elizad Sharifuddin) kembali bernafas setelah sudah diisytiharkan mati. Setelah ‘dihidupkan semula’, Inara berubah dan mahu menjadi seorang Muslimah yang baik, seorang yang bukan dirinya sebelum ini. Ibu bapa Inara, iaitu Asyirah (Aleza Shadan) dan Zaqwan (Dato’ Jalaluddin Hassan)  gembira dengan perubahan Inara, namun apa yang diajar oleh mereka berkaitan agama menggelirukan Inara. Zaqwan merupakan ahli jemaah kumpulan ‘Gerakan Elit’. Manakala Asyirah pula memperjuangkan ideologi kumpulan ‘Hawa Islam’ yang berbeza dengan golongan ekstrimis ‘Gerakan Elit’.

Inara kemudian bertemu Hamzah (Dato’ Aaron Aziz), seorang penagih dadah yang positif HIV tetapi menjalani kehidupan yang sihat dengan menggunakan ubat ARV. Hamzah mengusahakan sebuah kafe komuniti yang bertujuan untuk membantu penagih-penagih dadah di luar sana. Apabila Hamzah bertemu Inara, dia tahu bahawa Inara adalah wanita yang terbaik untuk dirinya. Walaupun Inara pada mulanya menolak untuk cinta Hamzah, dia berasa selesa dan selamat di samping Hamzah. Mereka akhirnya bersetuju untuk berkahwin dan menyelamatkan ibu bapa Inara dari ajaran sesat yang dipraktikkan oleh mereka. 

Hamzah mendapatkan sokongan dari gurunya di kampung, dan mereka membuat keputusan untuk menyertai kumpulan ajaran sesat tersebut dan mencari jalan untuk menyelamatkan ibu bapa Inara daripada kumpulan tersebut. Namun, apa yang mereka pelajari daripada kumpulan tersebut sangat mengejutkan. Ahli-ahli ajaran sesat tersebut sangat licik, pengkhianat dan berkelakuan ganas. Inara dan Hamzah menghadapi pelbagai cabaran dan banyak berkorban sepanjang mengikuti kumpulan tersebut. Akhirnya, dengan rahmat Tuhan, mereka berjaya menyelamatkan ibu bapa Inara dari kumpulan tersebut.

Jalan Sesat Ke Syurga
asda
Pelakon Jalan Sesat Ke Syurga