Nantikan drama adaptasi novel 'Pengantin Satu Malam' karya Sophilea di slot Akasia TV3. Menyaksikan gandingan pelakon Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir. Drama terbitan A10 Alliance Sdn Bhd arahan Eoon Shuhaini. Akan datang pada bulan Ogos nanti.
JUDUL : PENGANTIN SATU MALAM
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 18 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Sophilea
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Binti Wan Hassan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : A10 Alliance Sdn Bhd
PELAKON : Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu
WATAK PELAKON
Nazim Othman sebagai Zahred Hadri
Amelia Henderson sebagai Zulaikha Nasreen
Fizo Omar sebagai Rasul Fadlan
Afifah Nasir sebagai Puteri Rihana
Edika Yusof sebagai Dato Haris
Norish Karman sebagai Datin Roziah
Mustapha Kamal sebagai Zakaria
Susan Manen sebagai Asiah
Sharifah Shahora sebagai Datin Asyikin
Farisha Irwayu sebagai Datin Sri Hartina
LAGU TEMA / OST
Qody - Satu Malam
SINOPSIS PENGANTIN 1 MALAM
Mengisarkan mengenai Zulaikha (Amelia Henderson) yang tersepit antara menyelamatkan nyawa ibu atau maruah dirinya. Dugaan datang menimpa hidup Zulaikha apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana perangai tidak senonoh majikannya. Adli teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan dan ibunya sakit serta memerlukan kos rawatan yang tinggi. Manakala Zahred (Nazim Othman) pula membenci wanita apabila cintanya dikhianati.
Zahred kecewa setelah mengetahui kekasihnya Balqis curang ketika dia berada di Jepun dengan menjadi isteri kedua ayahnya. Zahred juga membenci ayahnya kerana ayahnya telah mengkhianati dirinya dengan merampas kekasihnya. Sejak itu Zahred menjauhkan diri dan tidak mahu bercakap lagi dengan ayahnya. Dato Haris (Edika Yusof) ayah Zahred sememangnya seorang playboy besar dan sentiasa mencari wanita jelita.
Ibu Zahred, Datin Roziah (Norish Karman) hanya mampu makan hati dengan sikap suaminya itu. Zulaikha memulakan pekerjaan baru di syarikat milik Zahred (Nazim Othman) dan temannya Rasul (Fizo Omar).
Kehadiran Zulaika telah mengingatkan Zahred kepada bekas kekasihnya, Balqis. Sejak dikecewakan oleh cinta lampau, Zahred yang membenci kaum wanita, sering mencari kesalahan dan membuli Zulaikha di tempat kerja.
Namun Rasul sentiasa mengambil berat dan melayan Zulaikha dengan baik. Suatu hari, Zulaikha yang terdesak perlukan duit untuk menyelamatkan nyawa ibunya, cuba meraih pinjaman RM100 ribu daripada Zahred. Malah Zulaikha sanggup mencagarkan rumah demi mendapatkan pinjaman daripada syarikat.
Walaubagaimanapun, Zahred menolak cagaran itu, sebaliknya apa yang dimahukan adalah supaya Zulaikha menjadi isteri ‘satu malam’ kepadanya. Adakah Zulaikha setuju? Apakah yang bakal dipilih oleh Zulaikh antara nyawa ibu dan maruah diri?
Episod 1 – Zahred, anak Dato Haris dan Datin Roziah yang terpaksa menangguhkan pertunangannya dengan Balqis dan berangkat ke Jepun selama tiga bulan kerana ayah Balqis meminta RM30,000 untuk melangsaikan hutangnya. Kisah ini juga mengisahkan Zulaikha yang berada dalam dilema setelah dilamar oleh kekasihnya Adli. Dia bimbang akan terpaksa mengikuti Adli ke luar negara setelah berkahwin. Bos Zulaikha, Haji Ramli sebaliknya menyukai Zulaikha dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan restu dari keluarga Zulaikha. Episod ini berakhir apabila Zahred mengetahui bahawa Balqis berselingkuh dengan ayahnya.
Episode 2 – Zahred kecewa setelah kembali dari Jepun dan mengetahui perkahwinan ayahnya dengan Balqis, lalu mengalami kemurungan. Balqis kemudian melarikan diri dari suami dan perkahwinannya. Zulaikha terlepas daripada diperkosa oleh bosnya. Apabila Adli mendapat tahu, dia menyerang Haji Ramli dan Haji Ramli membongkar kebenaran tentang hubungan Adli dan Zulaikha.
Episode 3 – Adli mengakhiri hubungannya dengan Zulaikha dan dia bekerja sebagai jurutera di syarikat Zahred, yang dimiliki bersama dengan Rasul. Zulaikha memerlukan pekerjaan itu kerana ibunya yang sakit memerlukan rawatan perubatan berjumlah RM60,000. Zahred kini semakin tertarik kepada Zulaikha.
Episode 4 – Keadaan ibu Zulaikha bertambah buruk. Sementara itu di pejabat, Zahred cuba mencari kesalahan Zulaiha tetapi Rasul terus membelanya. Episod ini memuncak apabila Zahred melihat ayahnya menggoda Zulaikha.
Episode 5 – Hubungan Zahred dan ayahnya menjadi keruh ketika dia mengetahui bahawa ayahnya, sekali lagi berusaha memenangi hati Zulaikha. Ibu Zulaikha dikejarkan ke hospital kerana penyakitnya yang semakin teruk. Episod ini berakhir dengan ibu Zahred, Datin Roziah yang cuba menemukan Zahred dengan Tengku Rihana.
Episode 6 – Walaupun Zulaikha kesal kerana kerja kerasnya tidak dihargai dan dianggap buruk di mata Zahred, dia tetap meneruskannya. Sekembalinya dari perjalanan kerja di Chiang Mai, keluarganya meminta agar dia tidak pulang ke rumah kerana ah long sedang melakukan keganasan ke atas hidup mereka. Dia dengan berat hati memutuskan untuk meminjam RM120,000 dari Zahred untuk menyelesaikan hutang keluarganya. Zahred mengambil kesempatan ini untuk membuat perjanjian dengan berkahwin dan menghabiskan satu malam bersama.
Episode 7 – Zulaikha bersetuju dengan tawaran itu tetapi Zahred semakin bimbang dengan apa yang berlaku dengan ayahnya pada masa lalu. Selain daripada keadaan dengan Zulaikha dan Zahred, Haji Ramli (bekas bos Zulaikha) turut membantu Zakaria untuk membantu menyelesaikan hutang yang belum dijelaskan berjumlah RM70,000 dengan harapan dia akan diterima sebagai menantu.
Episode 8 – Setelah banyak ancaman, Zahred menolak untuk menceraikan Zulaikha dan perkahwinan itu dirahsiakan. Zahred mula merindui isterinya dan menyesali tindakannya yang lalu dan memutuskan untuk memberitahu ayahnya agar tidak menghubungi Zulaikha lagi.
Episode 9 – Dalam episod ini, Zulaikha tersekat antara mahu menyelamatkan ibunya dan melindungi maruahnya sendiri. Keadaan bertambah buruk ketika dia memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya kerana sikap bosnya yang tidak dapat diterima. Apa yang akan dia bakal lakukan seterusnya?
SINOPSIS NOVEL PENGANTIN 1 MALAM
Zahred Hadri yang membenci wanita dan Zulaikha Nasreen yang terdesak.
Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.
Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.
“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika.
Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.
“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.
“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”
Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”
Satulam yang merubah segalanya…
Antara nyawa si emak dan maruah diri…
GAMBAR PELAKON