Nantikan drama adaptasi novel 'Biar Mereka Cemburu' karya Anuar Darwisy di slot Megadrama, Astro Ria. Menampilkan gandingan Aiman Hakim dan Nabila Razali. Drama romantik komedi arahan MP Roslin Sharif, terbitan Global Station Sdn Bhd. Biar Mereka Cemburu bakal bersiaran mulai 1 Disember 2020 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan aplikasi iQIYI atau di www.iQ.com
JUDUL : BIAR MEREKA CEMBURU
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : 1 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Megadrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Abdul Adzim Shahabudin, Ayuni Zamani dan Baizurah Kahar
PENULIS NOVEL : Anuar Darwisy
PENGARAH : MP Roslin Md Sharif
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Rubini Sambanthan, Bella Dowanna, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan, Chiwan Chilok, Kamarul Zaman, Mili Supina, Shakila Saiful, Amanda Dewi Remaja, Farra Zainuddin, Muhammad Harminder, Nurin Jazlina
WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil
Nabila Razali sebagai Nadia Salleh
Rubini Sambanthan sebagai Marsha Gordon
Aedy Ashraf sebagai Fetri
Izzat Mushtaq sebagai Rostam
Adam Malek sebagai Nabil
Bella Dowanna sebagai Nabila
Chiwan Chilok sebagai Malek
Hasmira Azmi sebagai Sofea
Syahir Shafein sebagai Reza
Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha
LAGU TEMA (OST)
Tajuk : Ku Mau
Penyanyi : Aizat Amdan & Hanin Dhiya
Lirik : Yeshua Abraham
Komposer : Aizat Amdan, Anas Amdan, Melanie Wehbe, Elias Naslin
SINOPSIS BIAR MEREKA CEMBURU
Mengisahkan tentang Tengku Eidil yang merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan sedang bercinta dengan Marsha Gordon. Namun, detik hatinya untuk berubah ke arah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan untuk berkahwin dengan Marsha. Nadia ialah seorang penghantar makanan untuk sebuah kedai makan yang dimiliki oleh kawan baiknya, Rostam. Dalam masa yang sama, Nadia turut menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional.
Takdir menemukan mereka berdua apabila pada suatu petang semasa sedang menghantar makanan, Nadia berhenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air lalu menyebabkan ia terkena pada Nadia tanpa sengaja.
Nadia yang degil dan ceria pada luarannya sebenarnya menyimpan beban dan kesedihan yang hanya mampu dipendam kerana tertekan dengan kesibukan kerja demi mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarganya di kampung semenjak bapanya dipenjarakan angkara Nadia sendiri.
Eidil juga tidak kurangnya, keadaan di rumahnya berantakan kerana adik tirinya Fetri yang sering bermasalah. Fetri mencemburui dan berdendam dengan Eidil kerana dia juga mencintai Marsha pada masa yang sama.
Eidil mula mendekati Nadia kerana tertarik dengan perwatakannya. Sedikit sebanyak Eidil semakin banyak berubah ke arah yang lebih baik, seperti yang diharapkan oleh bapanya Tengku Alauddin.
Walaupun cuba untuk mengelak dari Eidil, Nadia terkejut apabila kursus fotografi yang dihadirinya rupanya diketuai oleh Eidil yang juga merupakan seorang jurufoto terkenal. Marsha pula semakin gilakan Eidil dan mula menyiasat tentang Eidil dan Nadia. Sedikit demi sedikit rahsia kehidupan Rostam yang sudah lama mencintai Nadia mula berasa cemburu pada Eidil, namun dia akur yang dia perlu meraih cinta Nadia dengan cara yang adil.