Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (TV3)

Romantika 4 Hari 3 Malam

Nantikan drama adaptasi novel 'Romantika 4 Hari 3 Malam' karya Wizana Emilia di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Sean Lee dan Amelia Henderson. Drama 13 episod arahan Nizam Zakaria, terbitan Wiranusa Corporation. Disiarkan bermula 10 Mac setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3. Juga boleh menonton semua episod secara percuma di laman wetv.vip atau di aplikasi WeTV.

JUDUL : ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 10 Mac 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Wizana Emilia
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Zila Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris, Oshin Ahmad, Daniesh Suffian, Dottie, Izzendra, Jesse Lim 

WATAK PELAKON 
Amelia Henderson sebagai Lana Analia
Sean Lee sebagai Amar
Syafi Tee sebagai Hisham
Nynaa Harizal sebagai Aida Safia
Wafariena sebagai Raina
Oshin Ahmad sebagai Nia Erlina 
Daniesh Suffian sebagai Baim
Dottie sebagai Zeti
Izzendra sebagai Azlinda
Jesse Lim sebagai Encik Masri
Aida Aris sebagai Cik Norsira
Lisdawati sebagai Mak Salmah
Sahronizam Noor sebagai Dato' Zahid

LAGU TEMA (OST)
Lagu : Masih Ada
Artis : Naqiu
Komposer : Naqiu 
Lirik : WIT Mohsen

SINOPSIS ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM
Mengisahkan Lana Analia Suhaimi (Amelia Henderson), seorang gadis kampung yang mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur. Lana diterima untuk bekerja di syarikat penerbitan terbesar di Malaysia malah dia ditugaskan sebagai wartawan di majalah paling laris – Majalah Sweetheart. 

Tugasan pertama Lana ialah menulis artikel mingguan bertajuk ‘Blind Date’. Lana berat hati dengan tugasan yang diberi, namun terpaksa terimanya kerana dia amat memerlukan pekerjaan itu untuk menyara ibunya dan menampung kos pengajian adik bongsunya. Tambahan lagi, Lana tidak berani melawan arahan pengarangnya, Cik Norsira (Aida Aris) yang cukup sinis, garang, serius dan terkenal dengan sifat cerewet. Lana hanya mampu berkongsi masalahnya dengan rakan serumahnya, Zeti (Dottie) dan rakan sekerjanya, Azlinda.

Bermulalah pengalaman Lana mengatur janji temu dengan lelaki-lelaki yang tidak dikenali. Lana berharap agar dipertemukan dengan ‘Encik Sempurna’ tetapi hakikatnya dia berjumpa lelaki yang pelbagai kerenah. Berdasarkan pengalamannya yang serba tidak kena itu, Lana sampaikan kepada pembaca menerusi artikel Blind Date yang tajuknya bermula dengan `Encik’. 

Encik Gamer, Encik Sombong, Encik Selekeh, Encik Playboy, Encik Anak Mak dan bermacam-macam `Encik’ yang ditemui. Tidak mengambil masa yang lama, rencana Lana mendapat pujian dan semakin diminati ramai. Lana teruja apabila dia telah memenangi hadiah pakej percutian 4 Hari 3 Malam di sebuah pulau. Di situ, Lana dan Amar Najwan (Sean Lee) dipertemukan dalam insiden yang dingin. Ekoran daripada masalah teknikal yang dialami oleh pihak hotel, Lana disalahertikan sebagai perempuan gila yang menceroboh bilik chaletnya. Selepas mendapat penjelasan daripada pihak hotel, Amar bersungguh-sungguh untuk meminta maaf daripada Lana. 

Lana dan Amar menghabiskan masa bersama-sama untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah di pulau itu. Keindahan pulau dan keprihatinan yang diberikan oleh Amar, membuatkan Lana terpikat dengan pesona lelaki kacak ini. Sayangnya, pada hari terakhir di situ, Amar secara tak sengaja terbaca rencana ‘Encik Panas Baran’. Amar salah sangka dan kecewa. Dia tinggalkan Lana tanpa apa-apa pesanan. 

Lana gagal menghubungi Amar. Walaupun dia terpinga-pinga dengan apa yang sudah berlaku, tetapi Lana meneruskan kehidupnya seperti sedia kala. Amar mula didesak oleh ibunya, Datin Bibi (Zila Bakarin) untuk bertunang dengan Aida (Nyna Hasrizal). Amar berkongsi masalahnya dengan kawan baiknya, Hisham (Syafi Tee). Kisah Amar mengenai Lana menarik perhatian Hisham dan dia ingin tahu lebih lanjut tentang gadis yang berjaya mencuri hati kawannya. Hisham menyuruh penyiasat persendirian, Juno untuk mengekori Lana. Namun, apa yang bakal berlaku adalah di luar jangkaan ketiga-tiga pemuda ini. 

Episod 1
Lana Analia wartawan Majalah Sweetheart menulis artikel mingguan berkenaan `Blind Date’. Untuk mengisi ruangan artikel tersebut, Lana terpaksa berjanji temu secara `blind date’. Pelbagai karektor lelaki ditemu, antaranya lelaki selekeh, sombong dan kuat berpeluh. Amar Najwan jejaka kacak yang merupakan CEO Syarikat Delzara Sdn Bhd. (syarikat makanan sejuk beku milik keluarga). Bujang dan tidak memikirkan soal perkahwinan kerana terlalu fokus dengan kerja. Cik Norsira editor Majalah Cinta, seorang yang garang, tidak percaya kepada cinta dan cerewet. Cik Norsira sering kali berpegang kepada prinsipnya bahawa tiada lelaki yang sempurna. Dirasakan seseorang sedang mengekorinya. Lana melajukan langkah. Dia terjatuh. Seorang lelaki menghulurkan jambangan bunga. Lana menyambut. Kemudian lelaki itu hulurkan pisau. Lana mula membuka langkah. Pisau penuh dengan gambar love menggunakan lipstick.

Episod 2
Lana memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian. Lana teruja dan amat gembira dengan hadiah tersebut. Penuh mengharap, supaya ditemukan dengan `Mr. Perfect’. Amar merancang untuk bercuti ke Pulau Impian. Cik Norsira benarkan Lana bercuti dengan syarat siapkan artikel seperti biasa. Pertemuan Lana dengan Mr. Insecure, Ibrahim Ghani (Baim) yang memiliki karektor unik. Baim seorang yang sentiasa tidak yakin dan berasa ragu dengan semua perkara. Pertengkaran mulut yang dahsyat berlaku antara Amar dan Lana. Kedua-duanya menuduh antara satu sama lain. Amar menelefon pengawal keselamatan kerana menganggap Lana seorang perempuan gila dan penceroboh. Muka Lana pucat lesi.

Episod 3
Insiden tersalah bilik, menemukan Lana dan Amar. Cinta mula berputik antara Lana dan Amar. Percutian 4 hari 3 malam di Pulau Impian dinikmati dengan indah dan bahagia. Amar dan Lana pernah bertemu sebelum ini. Amar teringat kembali yang mereka pernah satu universiti. Hisham Dato’ Zahid, mewakili Dato’ Khairul yang dituduh membunuh Datin Firda (isteri Dato’ Khairul). Lana dan Amar berjalan pulang dari spa. Lana berjalan sedikit di hadapan Amar. Lana bongkokkan badan dan petik sekuntum bunga di tepi jalan. Lana mula petik kelopak demi kelopak bunga dan mengira.

Episod 4
Insiden tersalah bilik, menemukan Lana dan Amar. Cinta mula berputik antara Lana dan Amar. Percutian 4 hari 3 malam di Pulau Impian dinikmati dengan indah dan bahagia. Amar dan Lana pernah bertemu sebelum ini. Amar teringat kembali yang mereka pernah satu universiti. Hisham Dato’ Zahid, mewakili Dato’ Khairul yang dituduh membunuh Datin Firda (isteri Dato’ Khairul). Lana dan Amar berjalan pulang dari spa. Lana berjalan sedikit di hadapan Amar. Lana bongkokkan badan dan petik sekuntum bunga di tepi jalan. Lana mula petik kelopak demi kelopak bunga dan mengira.

Episod 5
Amar pulang serta-merta dari Pulau Impian dengan perasaan yang kecewa dan marah. Lana tidak dapat menghubungi Amar. Lana bingung dan sedih. Amar meluahkan kisah 4 hari 3 malamnya kepada Hisham. Hisham berasa kasihan dengan Amar. Hisham mengupah penyiasat persendirian bernama Juno untuk mendapatkan maklumat tentang Lana Analia. Hisham merancang insiden untuk mengenali Lana. Pada mulanya niat Hisham untuk bantu Amar. Lana terima panggilan misteri dan warkah bersampul biru misteri. Wajah Lana berkerut apabila ternampak sepucuk warkah bersampul biru yang terselit pada gril pintu apartmennya. Siapa pula yang letak warkah bersampul biru tersebut?

Episod 6
Lana mula rapat dengan Hisham. Namun, Lana tidak tahu Hisham merupakan peguam bujang popular dan berjaya. Bukan sahaja berjaya, malah Hisham sering menang dalam membela kes-kes yang kliennya jahat. Amar semakin rasa tak ada chemistry dengan Aida, namun dipaksa - paksakan juga dirinya. Amar selalu teringatkan Lana. Raina pula berusaha keras untuk menggoda Amar. Tanpa sengaja, Lana membuat janji temu dengan Aida, pemilik Butik Gorgeous untuk artikel dalam ruangan Bakal Pengantin. Lana bertemu semula Amar di butik berkenaan. Perhubungan antara Hisham dengan Amar semakin renggang. Amar ternampak Lana bermesra dengan Hisham. Amar bengang dan marah dengan perbuatan Hisham. Hisham pula semakin jatuh hati dengan Lana dan mengganggap Amar sebagai pencabarnya. Raina cuba menggoda Amar namun Amar memarahi Raina. Raina berdendam dengan Amar. Juno dapat merasakan dia sedang diekori. Dengan langkah pantas dan cemas Juno cuba melarikan diri daripada orang-orang upahan Dato’ Khairul. Wajah Juno pucat lesi ketakutan.

Episod 7
Amar masih mencintai dan merindui Lana. Sikap Aida pula semakin menjengkelkan Amar. Berlaku pertengkaran antara mereka menyebabkan Aida membaling cincin pertunangan. Lana mendapat tahu tentang diri sebenar Hisham daripada Cik Norsira. Lana terkejut, hampa dan marah dengan mendengar kebenaran tersebut. Hisham cuba telefon Juno. Namun, telefon Juno seolah-olah ditutup. Hisham buntu fikir di manakah Juno menghilang. Hisham termenung di hadapan komputer pejabatnya sebelum cuba menaip perkataan `Noni Mirissa’ pada papan kekunci komputer. Terpapar berita tentang pembunuhan kejam bekas pembantu rumah Dato’ Khairul tersebut. Hisham tersentak.

Episod 8
Amar merindui Lana dan cuba memujuk Lana. Namun Lana masih belum mahu maafkan Amar. Amar hantar makanan setiap hari ke pejabat Lana. Hisham juga cuba memujuk Lana. Hisham dan Amar bertembung di Lavender Publications. Hisham menarik diri daripada kes Dato’ Khairul. Puan Bibi mendesak Amar berbaik semula dengan Aida. Tapi Amar enggan. Lelaki psiko yang menghantar Lana warkah biru, yakin yang Lana juga cintakannya. Hisham berjalan dalam keadaan yang bengang dan marah. Sebuah van usang berhenti di tepi Hisham dan sepantas kilat tiga lelaki menangkap dan menarik Hisham ke dalam perut van.

GAMBAR PELAKON
Romantika 4 Hari 3 Malam
Romantika 4 Hari 3 Malam
Drama Romantika 4 Hari 3 Malam
Pelakon Romantika 4 Hari 3 Malam