Drama Takdir Yang Tertulis (TV3)

Takdir Yang Tertulis
Nantikan drama bersiri 'Takdir Yang Tertulis' bakal mengisi slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, dan Alvin Chong. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin. Akan bersiaran mulai 21 Januari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3. Juga boleh ditonton setiap episod di WeTV

JUDUL : TAKDIR YANG TERTULIS
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radius One
PELAKON : Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan

WATAK PELAKON 
Nad Zainal sebagai Juweta
Nazim Othman sebagai Azlan
Elvina Mohamad sebagai Ruhila
Alvin Chong sebagai Ean
Didie Alias sebagai Che Salmah
Iman Suhana sebagai Ruzita 
Muaz Fitri sebagai Hakim
Uchee Fukada sebagai Kak Jo
Isaac Iman sebagai Mika

LAGU TEMA (OST)
Lagu : Karma
Artis : Kaka & Jaz hayat
Lirik : Aisha Retno
Komposer : Farouk Roman

SINOPSIS TAKDIR YANG TERTULIS
Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.

Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.

Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?

Episod 1
Juweta, seorang wanita yang angkuh dan mementingkan diri. Sikapnya yang dingin bukan sahaja mengundang rasa kurang senang pekerjanya malahan kepada suaminya, Azlan. Azlan hanya mampu bertahan dengan karenah isterinya itu. Walaupun sikap Juweta seperti itu, namun Juweta tetap seorang ibu yang penyayang kepada anaknya, Mika.

Kehadiran Ruhila, kawan baik Juweta banyak membantu Juweta sebagai pembantu peribadinya. Persahabatan mereka bermula sejak dari zaman kolej bersama dengan Azlan dan Ean. Bagi Juweta, Ruhila seorang kawan yang boleh diharap dan banyak membantunya termasuk menjaga Mika bila Juweta terlalu sibuk dengan syarikatnya.

Sementara Azlan cuba membuktikan dia mampu menggalas tanggungjawab besar dalam satu projek syarikat Juweta. Namun tindakan Azlan itu mengundang kemarahan Juweta kerana cuba membelakanginya. Azlan mula tak tahan dengan perangai Juweta yang tak berubah sejak perkahwinan mereka. Sehingga Azlan mengambil keputusan yang drastic sehingga mengundang rasa terkejut kepada Juweta.

Episod 2
Juweta tak dapat terima hakikat yang Azlan berani untuk melafazkan cerai kepadanya. Juweta tahu Azlan takkan berani untuk menceraikannya. Juweta mula syak Azlan ada sesuatu yang cuba disembunyikan tanpa pengetahuannya. 

Cik Salmah, ibu kepada Ruhila seorang wanita yang berbeza perwatakan dengan Ruhila. Cik Salmah seorang yang materialistic sanggup melakukan apa saja untuk mencapai impiannya menjadi orang kaya. Cik Salmah mempunyai perancangannya tersendiri. 

Ruhila terkejut apabila tahu Azlan merancang untuk menceraikan Juweta. Ruhila tak dapat menerima tindakan Azlan yang cuba menceraikan Juweta. Ruhila cuba memujuk Azlan untuk tak meneruskan rancangan untuk bercerai namun tak diendahkan. Azlan tetap bertekad untuk meneruskan perceraian itu.

Episod 3
Hubungan antara Juweta dan Azlan semakin dingin. Juweta mula syak Azlan selama ni ada perempuan lain tanpa pengetahuannya. Juweta mula mencari kepastian tentang Azlan. Sementara Mika mula sedih bila tahu ibubapanya bakal bercerai tak lama nanti. Ruhila cuba menenangkan Mika yang kecewa dengan situasi ibubapanya itu.

Azlan mula risau bila mengetahui Juweta syak dia sebenarnya ada perempuan lain. Walaupun sudah hampir 10 tahun usia perkahwinan mereka, tapi Azlan semakin risau bila Juweta cuba membongkar rahsianya. Sementara itu, Cik Salmah semakin tak sabar bila tahu Azlan bakal bercerai dengan Juweta. Ini adalah peluang keemasan buat Cik Salmah yang selama ini mempunyai perancangan jahat terhadap Juweta.

Juweta yang masih dalam perasaan curiga mula membongkar rahsia Azlan. Sehingga Juweta berjaya mengekori Azlan yang secara senyap-senyap berjumpa dengan perempuan lain. Juweta mula hilang kawalan sehingga berlaku pertengkaran antara mereka. Tanpa pengetahuan Juweta, Azlan sebenarnya sudah merancang sesuatu yang bakal membuatkan Juweta terjatuh.

Episod 4
Kejutan buat Juweta apabila Azlan secara tiba-tiba mengumumkan dia sebagai CEO terbaru di hadapan para pekerja. Bukan saja syarikat milik Juweta yang dirampas oleh Azlan, malahan Azlan juga membuat pengakuan yang Ruhila isteri keduanya. Selama ini, Azlan dan Ruhila sudah berumahtangga tanpa pengetahuan Juweta. 

Azlan terpaksa bertindak merampas kedudukan Juweta di syarikat secepat mungkin selepas didesak oleh Cik Salmah. Semuanya telah dirancangkan oleh Cik Salmah semata-mata untuk memenuhi kemahuannya untuk hidup mewah. 

Juweta tak dapat menerima hakikat Ruhila yang selama ini dianggap sebagai kawan sanggup menipunya. Keadaan semakin parah kepada Juweta apabila dalam sekelip mata kehilangan segalanya termasuk Mika, anaknya yang paling disayangi.

Episod 5
Ruhila tidak mahu menyusukan anaknya Mika. Dia benci Mika. Ruhila menghalau Mika. Cik Salmah menghasut Azlan agar membuang Mika dengan alasan anaknya Ruhila akan menjadi gila kerana meroyan.

Juweta telah dihalau keluar dari rumahnya sendiri oleh Cik Salmah dan Azlan. Lebih mengejutkan, Juweta menerima tamparan hebat apabila Mika yang selama ini dia jaga adalah anak kepada Ruhila. Juweta kini hilang arah selepas segala yang dimilikinya telah dirampas tanpa belas kasihan.

Cik Salmah berpuas hati kerana rancangan untuk merampas kekayaan milik Juweta telah berjaya. Selama ini Cik Salmah telah banyak bersabar dengan Azlan yang masih lagi tercari-cari peluang untuk merampas syarikat Juweta. Cik Salmah semakin galak dengan kedudukannya kini.

Episod 6
Kak Jo bersifat dingin terhadap Ruhila. Kak Jo membenci Ruhila kerana menikam belakang rakan baiknya sendiri, Juweta. Kak Jo berkeras menyuruh Ruhila memberi Mika kepada Juweta. Mika tak dapat menerima ketiadaan Juweta. Ruhila cuba memujuk anaknya namun tidak berjaya. Ruhila semakin risau dengan Mika yang masih merindui Juweta dan nekad untuk mempertahankan Mika daripada dirampas oleh Juweta.  

Juweta terkejut apabila Ean muncul kembali. Ean adalah kawan rapat kepada Azlan ketika di zaman kolej serta bekas kekasih kepada Ruhila. Kemunculan Ean membawa kembali ingatan Juweta tentang layanan buruknya kepada Ean hanya kerana Ean bukan lelaki yang kaya. Tapi kini Ean pula cuba membantu Juweta yang dianiaya oleh Ean. Cik Salmah berkeras agar Azlan mempercepatkan proses penceraiannya dengan Juweta, agar dia dapat menguasai keseluruhan kekayaan Juweta.

Episod 7
Ruzita cuba menggoda Azlan dengan alasan kakaknya, Ruhila tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada Azlan. Namun Azlan tidak termakan godaan tersebut. Ruzita masih dengan muslihatnya dan akan terus berusaha menggoda Azlan.Mika tidak dapat menerima ketiadaan mamanya, Juweta. Semakin hari dia makin merindui Juweta. Ruhila mula risau apabila melihat Mika menangis. 

Ean dan Juweta semakin akrab. Juweta yang semakin huru-hara hidupnya sedikit demi sedikit dibantu oleh Ean, walaupun pada awalnya Juweta berkeras menolak pertolongan Ean. Juweta mula menceritakan masalahnya kepada Ean. Satu per satu cerita di buka. Ean nekad untuk membantu Juweta mendapatkan semua anaknya, Mika.

Episod 8
Azlan menghadiahkan sepasang gaun dan mengajak Ruhila keluar makan malam untuk memenangi hati Ruhila. Namun, jauh di sudut hati Ruhila dia sedar yang dia sebenarnya tidak menyintai Azlan. Tetapi, dia sedar dia tiada pilihan lain selain dari terus berlakon di hadapan Azlan. Dia cuba menerima Azlan sebagai suaminya namun bayangan Ean tetap hadir.

Juweta sangat rindukan Mika. Begitu juga Mika. Azlan memberitahu Mika yang ibu kandungnya ialah Ruhila, bukannya Juweta.  Sementara itu, Cik Salmah menyuruh Ruhila meyerahkan Mika kepada Juweta kerana bimbang rancangann akan gagal.

Kak Shima pula bercerita kepada Kak Jo tentang rahsia besar yang didengari tanpa sengaja daripada Cik Salmah dan Hakim semasa hari pertamanya bekerja. Rahsia yang Mika sebenarnya ialah anak Ruhila dengan lelaki lain dan Azlan hanyalah pak sanggup. Kak Shima dan Kak Jo mula merancang mencari bukti untuk membantu Juweta yang telah dipecat oleh bekas suaminya sendiri.

Episod 9
Ean menyerahkan surat saman yang menuntut Azlan menyerahkan syarikat serta Mika kepada Juweta. Azlan geram dan menganggap Ean mahu membalas dendam terhadapnya kerana dia berkahwin dengan Ruhila.

Juweta pula berjumpa Mika di sekolahnya dan membawa Mika keluar. Ruhila yang mahu menjemput Mika, terkejut apabila gurunya memberitahu Mika pergi dengan Juweta. Ean geram kerana Juweta tak mengendahkan amarannya agar jangan berjumpa dengan Mika tanpa kebenaran dan akibatnya Hakim meyerahkan surat perintah mahkamah yang menghalang Juweta dari bertemu dengan Mika. 
Juweta dan Ean ke rumah Azlan utuk memulangkan Mika. Mereka bergaduh. Mika pula berasa kecewa apabila mendapat tahu yang ibu kandungnya, Ruhila pernah membuangnya di depan masjid. Dia sedih apabila dihalang daripada bertemu mamanya, Juweta. 

Kak Shima dan Kak Jo dengan bantuan Anep gigih menyelinap ke pejabat pada waktu malam dan mencari rakaman cctv di laptop Azlan.

Episod 10
Kak Shima terdengar perbualan diantara Che Salmah dan Hakim. Awal pagi, ketika pejabat Azlan masih kosong, Kak Shima cuba mencari beberapa bahan bukti kejahatan Che Salmah dan Hakim di pejabat Azlan. Kak Shima menceritakan segala yang didengar olehnya kepada Kak Jo. 

Di sekolah, Mika menghubungi Juweta. Mika terlalu merindui mamanya, Juweta. Saat waktu pulang sekolah, Ruhila mendapati Mika hilang dan bergegas menghubungi Azlan untuk mencari Mika. Juweta hanya ingin meluangkan masa bersama-sama Mika. Namun Ean bertegas suruh Juweta memulangkan Mika. Kak Shima, Kak Jo dan Anep iaitu editor di Radiusone bekerjasama untuk mencari cara bagaimana hendak melihat CCTV di office Azlan.

Episod 11
Pada suatu malam, Kak Jo, Kak Shima dan Anep secara berhati-hati mencuri masuk ke dalam pejabat dimana tempat Kak Shima bekerja. Oleh kerana kepakaran Anep dalam menggondam komputer, satu per satu rakaman CCTV di teliti. Namun, tindakan mereka diganggu dengan kehadiran pengawal keselamatan. 

Ruhila bertemu Ean untuk berbincang berkenaan Mika dan hak penjagaannya. Ean  meminta untuk Ruhila menarik semula perintah mahkamah yang menghalang Juweta daripada berjumpa dengan Mika, tetapi tidak diendahkan. Mika tidak dibenarkan untuk ke sekolah atas alasan risau Juweta menculiknya semula. Mika dilayan dengan sangat buruk oleh neneknya, Che Salmah sehinggakan Che Salmah sanggup menghalau Mika dari rumah tersebut. 

Ean membawa Juweta untuk bertemu dengan Ruhila untuk berbincang secara berdepan. Perlahan-lahan Ruhila menceritakan sebahagian masalahnya. Namun Juweta merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Ruhila.

Episod 12
Hakim bertemu Azlan di pejabatnya bagi pihak Che Salmah. Hakim meminta untuk Azlan memindahkan keseluruhan saham atas nama Juweta keatas nama Ruhila. Namun Azlan tidak bersetuju. Ean menceritakan segalanya kepada Juweta. Berkenaan status Mika. Juweta terkejut apabila mengetahui bahawa Mika adalah anak kepada Ean dan Ruhila. Juweta tertanya-tanya mengapa Ruhila mengambil keputusan untuk mengahwini Azlan tanpa rasa cinta. 

Mika kelaparan. Selepas dihalau oleh Che Salmah, dia merayau tanpa hala tuju mencari makanan dengan hanya berkaki ayam di belakang sebuah restoran. Kak Jo yang pada itu berada dikawasan tersebut terkejut apabila melihat Mika dalam keadaan begitu, lalu menyelamatkannya dan memberi makan kepada Mika. Juweta, Ean, Ruhila dan Azlan bersama-sama mencari Mika. Hari mulai gelap, Juweta mendapat panggilan daripada Kak Jo yang menyatakan bahawa Mika selamat dengannya.

Episod 13
Azlan terlihat sosok tubuh seorang wanita yang tidak dikenali pada waktu malam di kawasan rumah banglo miliknya. Wanita tersebut kelihatan seperti gelandangan dan penagih dadah. Mika dan Juweta tinggal bersama-sama di rumah milik Ean. Melalui panggilan telefon, Ruhila dan Juweta cuba berbaik semula walaupun pada awalnya situasi sedikit janggal. 

Cik Salmah bertemu dengan Hakim di rumah lamanya selepas dihalau oleh Ruhila dari banglo tersebut. Mereka berdua semakin ligat merancang rancangan baru untuk menjatuhkan Azlan dan Juweta. Ruhila bertemu semula dengan Ean. Ruhila berbincang dengan Ean berkenaan Mika dan Juweta. Ruhila juga cuba berbaik-baik semua dengan Ean. Namun perbuatannya diketahui oleh Azlan.

Episod 14
Che Salmah mula menjalankan rancangannya bersama-sama Hakim agar dapat pulang semula ke rumah banglo tersebut. Hanya dengan sedikit penipuan, anaknya Ruhila dan Azlan terpaksa mengikut rentak rancangannya tersebut. Secara perlahan-lahan, Che Salmah cuba berlembut untuk memujuk menantunya, Azlan dan Ruhila. Azlan semakin serabut menguruskan syarikat seorang diri. Staff turut mula tidak selesa dengan kewujudan Azlan di dalam syarikat tersebut. 
 
Ean mula menjelaskan satu per satu apa yang terjadi pada malam Ruhila melihat Ean dengan perempuan lain. Namun Che Salmah cuba menghalang sehabis baik agar rancangannya tidak gagal.  Satu per satu rahsia mulai terbongkar. Juweta dan Ean bekerjasama dengan Tuan Majid untuk mendapatkan semula jawatan CEO milik Juweta. Che Salmah dan Hakim turut bekerja keras melawan mereka.

Episod 15
Juweta dengan gaya baru yang lebih yakin datang ke pejabat diiringi Ean. Semua staff terkejut dengan perubahan pada penampilan Juweta. Juweta merebut kembali jawatanya sebagai CEO syarikatnya. Che Salmah dan Hakim begitu terkesan dengan tindakan Juweta dan Ean. 

Azlan mendapat panggilan daripada klinik berkenaan keputusan ujian kesuburannya. Juweta mula mengatur strategi untuk membuatkan Ruhila jujur dengan Azlan dan juga jujur dengan dirinya sendiri tentang status Mika, anaknya dan juga perasaannya terhadap Azlan. Satu demi satu permasalahan menemui penyelesaian dan rahsia mulai terbongkar. Semua kerana Takdir Yang Tertulis.

Takdir Yang Tertulis
Takdir Yang Tertulis tv3
Pelakon Takdir Yang Tertulis