Sebuah drama terbaru hasil inspirasi daripada novel biografi Siti Nordiana Aku Seorang Perempuan akan datang menemui anda di TV9 mulai 19 November ini setiap Sabtu & Ahad jam 7:30 malam. Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.
Aku Seorang Perempuan
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 19 November 2022
Waktu Siaran: Sabtu & Ahad, 7:30 malam
Rangkaian: TV9
Penulis Skrip: Farhana Fauri
Pengarah: Hashim Rejab
Produksi: Brotherhood Studio & Inisiatif Seni Kreatif
Lagu Tema: Cintaku Masih Berdiri - Siti Nordiana
Watak Pelakon
Atikah Suhaime sebagai Siti Noraisya
Fezrul Khan sebagai Fareez Hidayat
Adriana Adnan sebagai Emira
Hafidz Roshdi sebagai Hakim Ali
Aleza Shadan sebagai Noriah
Saidah Kamarudin sebagai Noor
Mustaqim Bahadon sebagai Ehsan
Fadh Majid sebagai Joe
Puteri Sarah Liyana sebagai Jasmin
Amai Kamarudin sebagai Fateh
Hasnul Rahmat sebagai Alias
Johaa Sham sebagai Maya
Elmy Moin sebagai Haidar
Sarah Dawud sebagai Tasya
Nor Albaniah sebagai Datin Ariza
Aisha Sudin sebagai Puan Salbiah
Sinopsis Aku Seorang Perempuan
Mengisahkan tentang Siti Nor Aisya (Atikah Suhaime), seorang penyanyi muda yang sedang mengecapi populariti dan mempunyai ramai peminat yang menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya. Siti Nor Aisya bertemu cinta dengan seorang pelakon popular, Fareez (Fezrul Khan). Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta. Bagi Siti Nor Aisya, dia sanggup mengorbankan kerjayanya yang sedang berada di puncak kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga.
Adriana (Adriana Adnan) ialah seorang pelakon yang berkawan baik dengan Fareez. Adriana mempunyai masalah dengan kekasihnya, dan sering menemui Fareez untuk meluahkan masalah. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Siti Nor Aisya. Mahligai cinta yang dibina mula goyah dan diduga. Akhirnya, Siti Nor Aisya diceraikan ketika anak mereka masih kecil. Dalam saat dia perlu bangkit dan mencari kekuatan untuk menyara anak kecilnya, Siti Nor Aisya diuji lagi dengan kehilangan teman baik sejak kecil iaitu Hakim (Hafidz Roshdi) yang juga teman seperjuangannya dalam bidang nyanyian. Bagaimanakah Siti Nor Aisya mencari kekuatan dalam hidupnya untuk terus berjuang?
gambar credit ZB Studios