Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Aku Yang Kau Gelar Isteri
Nantikan drama bersiri 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, dan Atiq Azman. Drama seram 15 episod arahan Shuhaimi Lua. Ditayangkan mulai 17 Februari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : AKU YANG KAU GELAR ISTERI
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 17 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Lana Nodin, Baby Azreen, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Jasper Supayah, Baby Azreen, Puteri Ateeqah Ayu, Zahir Deck, Ferth Jasni, Razali Abdul Ghani, Zaleha Abdul Kadir, Syarafi Sudarmaji, Ariff Amran

WATAK PELAKON 
Adi Putra sebagai Ezlan
Sharifah Sakinah sebagai Laila
Nadia Brian sebagai Raihani
Atiq Azman sebagai Pian
Lana Nodin sebagai Embun
Zaki Azeman sebagai Naim
Ummar Dzariff sebagai Rais
Laura Olivia sebagai Ain
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
Kuza sebagai Mak Su
Jasper Supayah sebagai Rose
Baby Azreen sebagai Maryam
Puteri Ateeqah Ayu sebagai Maisarah 
Zahir Deck sebagai Amin 
Ferth Jasni sebagai Fakhri 
Razali Abdul Ghani sebagai Abang Darus
Zaleha Abdul Kadir sebagai Mak Wan 
Syarafi Sudarmaji sebagai Zairi 
Ariff Amran sebagai Hadi

LAGU TEMA (OST)
Purnama - Naim Daniel

SINOPSIS AKU YANG KAU GELAR ISTERI
Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?
...

Raihani dan Ezlan telah berkahwin dan bahagia selama sembilan tahun dan dikurniakan dua orang anak, Rais dan Ain. Pada suatu hari, rakan mereka yang telah lama hilang, Laila telah kembali ke kampung halaman mereka. Suatu ketika dahulu, ketika mereka masih muda, Laila menyukai Ezlan tetapi cintanya hancur apabila Ezlan tekad memilih Raihaini sebagai isteri dan bukannya dia. Kerana rasa dirinya ditolak dan tidak dihargai langsung, dia meninggalkan kampung halaman dan berjanji akan kembali sebagai Laila yang 'baru'. Sekarang, Laila lebih cantik dan kaya-raya, dia bertekad untuk memenangi kembali Ezlan dengan bantuan ilmu hitam.

Episod 1
Sekumpulan remaja sedang mengadakan sebuah campfire di dalam sebuah hutan. Campfire itu dihadiri oleh 10 orang sahabat berusia 18 tahun bagi yang dianjurkan oleh mereka sendiri. Ezlan, 18 sedang menceritakan sebuah kisah seram membuatkan ramai remaja takut terutamanya remaja perempuan. Sedang leka mendengar kisah seram yang disampaikan oleh Ezlan, Ezlan menyergah dengan kuat membuatkan Raihani, 18 terkejut lalu memaut lengan Ezlan. Semua orang bergelak ketawa kerana keletah Ezlan yang melucukan walaupun dia sedang bercerita tentang hantu. Raihani menepuk-nepuk bahu Ezlan dengan manja. Jelas keserasian Raihani dan Ezlan. Kekacakkan dan keletah Ezlan ditenung lama oleh Laila, 18. Jelas, ada rasa cinta melalui anak mata Laila.

Episod 2
Tujuh tahun melayari alam perkahwinan, hidup Raihani, 25 dan Ezlan, 25 diserikan dengan dua orang cahaya mata iaitu Rais, 6 dan Ain, 4. Mereka masih lagi tinggal di rumah Mak Lang, 57. Walaupun telah lama tinggal serumah, namun Mak Lang masih bersikap dingin terhadap Raihani. Raihani sudah lelah dengan sikap Mak Lang hanya menjalankan kehidupan biasa seperti seorang isteri dan menantu. Suatu malam, Ezlan sekeluarga pulang daripada surau selepas solat Isyak. Saat melintasi kawasan rumah Azizah, Ezlan terpana melihat sosok tubuh wanita yang samar-samar kelihatan wajahnya berdiri di tangga lalu masuk ke dalam rumah.

Episod 3
Sejak peristiwa itu, Ezlan menjadi kekok untuk bertemu dengan Laila yang sering mengunjungi rumahnya. Kecantikan Laila turut dipuji oleh Mak Lang yang kabur mata dek kekayaan yang dimiliki Laila. Actually, Mak Lang puji Laila bukan sebab cantik, tapi sebab dia kaya, ada duit dan pandai bergaya. Walaupun Laila sudah pulang ke bandar beberapa minggu yang lalu, suara halus Laila masih terngiang-ngiang di telinga Ezlan. Bagai ada bisikkan/ humming yang mengajaknya untuk terus mengingati Laila. Kelalaian Ezlan bekerja di kebun membuatkan Pak Salleh marah. Ezlan sudah tidak serajin dulu.

Episod 4
Tiga bulan berlalu, Ezlan tidak pernah pulang ke kampung. Dia tinggal dalam rumah Laila tanpa ada sebarang ikatan yang sah. Ini kerana Ezlan sudah terkena sihir minyak senyonyong yang di calit oleh Laila. Laila enggan melepaskan Ezlan dan mahu mendirikan rumahtangga dengan lelaki itu. Ezlan di lamun dilemma kerana perhubungannya dengan Laila masih menjadi rahsia dan tidak pernah diketahui oleh Raihani. Ezlan lemah dengan pujuk rayu Laila yang manja dengan menaburnya dengan kemewahan. Ezlan hairan, kata-kata Laila seumpama mantera yang merasuk jasadnya untuk tunduk dengan Laila.

Episod 5
Laila seakan sudah dapat membaca, segalanya percaturannya akan berjaya. Tidak sia-sia dia bertemu dengan Mak Cik Embun, 60an, selepas berpindah dari kampung tujuh tahun yang lalu. Laila terimbas kembali kesengsaraan dan keperitan yang dilaluinya sepanjang persahabatan dengan Raihani dan Ezlan. Oleh kerana dirinya yang tidak cantik, Laila bertekad menggunakan susuk bagi tujuan penaik seri untuk menggoda mana-mana lelaki yang disukainya seterusnya menyiksa kehidupan lelaki itu dengan sihir.

Episod 6
Abang Darus dan Kak Wan yang baru tiba di rumah Laila terkejut apabila menemui gambar Ezlan yang tergantung di hadapan pintu rumah. Dia terkejut besar lalu membuang gambar Ezlan itu. Intercut – Ezlan tak jadi nak balik ke bandar kerana lemah dengan rayuan Rais dan Ain. Dari situ, mereka sudah dapat meneka yang Ezlan adalah mangsa seterusnya selepas Hadi. Abang Darus ingin bersemuka dan menegur Laila untuk meninggalkan perbuatan terkutuk itu namun di halang oleh isterinya yang masih ingin mencari rezeki di rumah Laila. Walaupun Laila tersesat, namun kebajikan Abang Darus dan Kak Wan tidak pernah diabaikan. Kak Wan telah berjanji dengan dirinya yang dia tidak akan berhenti kerja selagi Laila tidak bertaubat. Ketika itu, Abang Darus dan Kak Wan diganggu dengan bunyi- bunyi yang pelik sekitar rumah. Mereka sebenarnya sudah terbiasa dengan perkara itu selama ini namun kali ini lebih dasyat. Ilmu apa yang Laila pakai? Getus hati mereka.

Episod 7
Kemarahan Raihani di sambut dengan lembut oleh Laila yang suka bermuka- muka. Laila berterus terang dengan Raihani yang dia telah jatuh cinta dengan Ezlan. Namun, Raihani bukanlah perempuan bodoh dan beranggap Laila sudah memperdayakan suaminya. Pada mulanya, Laila dapat mengawal emosi. Namun, lama kelamaan dia merasa panas dan tidak senang duduk. Dia menjadi marah dan baran. Sehinggalah Laila rasa terhina apabila Raihani menampar lalu mengusirnya daripada rumah. Ini adalah kerana sikap Laila yang kurang ajar mengatakan Ezlan telah menidurinya sejak berhijrah ke bandar. Laila tenang, seperti sudah dapat membaca tindakan Raihani. Dia tahu, Raihani mesti sudah memagar sekeliling rumah. Laila memecahkan ‘pagar’ rumah lalu mula membaca mantera. Kini, belaan Laila sudah berjaya menembusi rumah Raihani.

Episod 8
Ezlan lantas menumbuk dan memukul Pian bertalu-talu wakalupun Pian berulang kali mengatakan dia tidak berlaku buruk terhadap Raihani. Raihani yang masih trauma cuba memberitahu Ezlan yang dia telah diganggu oleh satu lembaga ketika mandi dan Pian Cuma menyelamatkan dirinya yang sedang trauma. Ezlan yang berada di luar kawalan lantas melafazkan talak kepada Raihani. Perkara itu telah disaksikan oleh Laila, Pak Salleh, Mak Lang dan anak-anaknya. Laila rasa puas dengan tindakan Ezlan. Dia bertemu dengan Raihani, tanpa pengetahuan Ezlan. Laila mengatakan yang dia sanggup lakukan apa saja cara demi mendapatkan Ezlan. Raihani telah dapat mengagak perbuatan kotor yang dilakukan oleh Laila untuk memecahbelahkan rumahtangganya.

Episod 9
Laila terus memukul Ain kerana berani menyentuh barang peribadinya. Patung Kumantong itu diibaratkan seperti ‘anak’ harus dibelai dengan manja kerana ia membekalkan kekayaan kepada Laila. Mak Wan dan Rais juga turut dimarahi oleh Laila kerana tidak berhati-hati dengan gerak geri Ain. Ezlan cuba untuk menghalang perbuatan Laila namun dia tidak mampu. Tangisan Ain langsung tidak melenturkan hati Ezlan yang masih dalam pengaruh sihir Laila. Walaupun Raihani sudah sah menjadi isteri, Pian tetap melayannya sama seperti dulu. Apa yang berbeza hanyalah kemesraan di antara mereka yang hampar dan kurang berkomunikasi. Pian kini tinggal di rumah Raihani menjaga Mak Lang yang jatuh sakit akibat rindukan cucu-cucunya.

Episod 10
Ain berkongsi perkara itu dengan Rais tentang Laila. Rais turut mengakui dia merasa tidak selesa dan seram sejak tinggal dalam rumah Laila. Bapanya, Ezlan juga seperti tidak mengendahkan mereka lagi. Dia memberitahu perkara itu kepada Kak Wan. Namun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih bekerja dengan Laila. Abang Darus menasihati Rais untuk membantu bapa mereka yang dalam pengaruh sihir. Sekian lama mereka tidak dibenarkan solat di dalam rumah, akhirnya mereka bertekad untuk mula bersolat berjemaah tanpa pengetahuan Laila. Pian, Raihani dan Mak Lang bertemu dengan Naim. Naim berkongsi keadaan Ezlan yang tidak seperti Ezlan yang dikenalinya dulu. Ezlan seakan-akan dimanderem dan tunduk kepada Laila. Dari dulu lagi Raihani sudah dapat mengagak, Laila menggunakan sihir keatas keluarganya termasuklah untuk mendapatkan Ezlan. Raihani harus lakukan sesuatu demi memastikan keluarganya kembali bahagia.

Episod 11
Laila dan Mak Cik Embun dalam perjalanan untuk bertemu dengan bomoh. Kata Mak Cik Embun, kali ini tiada sesiapa lagi yang mampu memisahkan Laila dengan Ezlan. Ezlan akan sujud dan menjadi milik Laila sepenuhnya. Laila sanggup lakukan apa saja demi Ezlan. Pada masa yang sama, Abang Darus memujuk Ezlan untuk pergi berubat. Ezlan akur untuk menjalani proses itu dan mula tersedar yang dia telah terkena sihir Laila. Segalanya telah dijelaskan oleh Abang Darus namun Ezlan tidak mahu melepaskan Laila kerana mereka masih lagi suami isteri yang sah. Dia mahu menyelamatkan Laila daripada terus lalai dengan hasutan syaitan.

Episod 12
Rose merasa lega kerana Ezlan kembali patuh kepadanya. Terlanjur berbual, Rose bertanyakan Laila tentang penceraiannya dengan Hadi. Akhirnya Laila mendedahkan yang dia telah berbohong yang Hadi adalah an abusive husband. Sebenarnya dia turut menggunakan minyak senyonyong ke atas Hadi namun perkara itu dapat dihidu oleh Maisarah. Terbongkar segalanya apabila Laila sendiri memberitahu yang sebenarnya dialah yang merampas Hadi daripada Maisarah. Hadi yang telah mabuk kepayang memberikan wang dan kemewahan kepada Laila termasuklah syarikat Hadi yang kini menjadi miliknya. Naim bertemu dengan Hadi untuk mengetahui punca penceraian dengan Laila. Akhirnya, Hadi dan Maisarah bertekad untuk membantu Ezlan yang sudah terkena sihir Laila. Hadi akur, Ezlan perlu di bantu dan Laila harus sedar yang dia telah menyimpang daripada landasan agama. Kini Naim, Pian, Mak Lang, Hadi, Rose berganding bahu untuk membantu Raihani dalam misi menjatuhkan Laila.

Episod 13
Rais hairan lalu membuka botol itu lalu terhidu akan bau yang sangat wangi seperti bunga-bungaan. Ain turut mahu menghidu bau itu, terjadilah adegan tarik-menarik botol antara mereka tanpa disedari botol kecil itu terlucut jatuh dan minyak tumpah diatas lantai. Ketika itu, Laila pulang lalu memarahi mereka berdua tanpa disedari botol minyak kepunyaannya itu telah ‘memasuki rumah’. Sejak daripada itu, Laila rasa tidak tenang, anxiety, panas dan rimas berada di dalam rumah. Ezlan turut perasan dengan perubahan sikap isterinya itu. Pada masa yang sama, Pak Darus dan Mak Wan turut terhidu bau-bau busuk sekitar rumah. Ketika menjelang malam, kehidupan mereka diganggu oleh kelibat-kelibat di sekitar rumah.

Episod 14
Ezlan bertanyakan tentang botol itu kepada Abang Darus. Abang Darus takut untuk menceritakan hal yang sebenar namun atas desakan isterinya, dia akur dan terpaksa membongkarkan tentang amalan Laila. Ezlan dibawa ke bilik tingkat atas iaitu bilik pemujaan Laila. Abang Darus memberitahu bilik ini yang menjadi tempat Laila memuja syaitan demi kekayaan dan kecantikkan diri. Ezlan seakan tidak percaya apabila mendapat tahu yang dia telah diguna-gunakan selama ini. Abang Darus meminta Ezlan untuk mengambil air wuduk dan menunaikan solat. Ezlan yang berang bertindak membakar semua patung-patung ‘belaan’ Laila di halaman rumah tanpa pengetahuan Laila. Laila yang sedang berbual dengan Mak Cik Embun mengelitat kepanasan dan rasa dirinya seperti terbakar. Perlahan-lahan wajah Laila yang cantik itu berubah menjadi buruk, seolah-olah kulit wajahnya menjadi garing dan berbau amat-amat busuk [bau macam kulit kena panggang].

Episod 15
Raihani mula menggila dan mengilai terjerit-jerit seperti orang kena rasuk. Raihani turut cuba untuk membunuh kedua anaknya namun dapat dihalang oleh Ezlan. Raihani melompat dari beranda rumah ke halaman rumah. Kekalutan berlaku apabila Raihani bersifat diluar batasan manusia. Dia tidak mampu di kawal oleh Hadi, Maisarah, Naim dan Pian. Raihani yang dirasuk berlari masuk ke dalam hutan yang gelap. Muncul Hadi dan bapa Maryam dalam misi untuk memulihkan Raihani. Malangnya, Raihani terbunuh kerana sihir yang dikenakan terlalu kuat. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Raihani sempat meminta Ezlan untuk membawa Laila ke jalan yang benar. Ini kerana, semua perkara yang menimpa mereka seakan sumpahan kerana bergembira diatas kesengsaraan Laila.

Aku Yang Kau Gelar Isteri
Aku Yang Kau Gelar Isteri
Aku Yang Kau Gelar Isteri
Sharifah Sakinah Aku Yang Kau Gelar Isteri