Nantikan drama adaptasi novel 'Melastik Ke Hatimu' karya Aqma Dee di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick. Drama romantik komedi terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Azmi Hata. Akan bersiaran mulai 21 Januari 2021, setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam di TV3.
JUDUL : MELASTIK KE HATIMU
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani, Eja Lorena, Rohaidah Aida Adia
PENULIS NOVEL : Aqma Dee
PENGARAH : Azmi Hata
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Keyrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Wanna Ali, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Ridzuan Hashim, Cassia Iman
WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Haura Annisa
Andi Bernadee sebagai Ziyyad
Hafidz Roshdi sebagai Naim
Norman Hakim sebagai Jeffry
Wani Kayrie sebagai Fatin
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
Wanna Ali sebagai Natasha
Idzham Ismail sebagai Luqman
Azizah Mahzan sebagai Mak Limah
Cassia Iman sebagai Inayah
LAGU TEMA (OST)
Ucop - Pencinta Setiamu
SINOPSIS MELASTIK KE HATIMU
Mengisahkan Haura (Janna Nick) seorang pekerja kilang yang berpewatakkan kasar, tetapi hidupnya sering diatur oleh ibunya. Percintaan Haura dengan jejaka pilihannya, Naim (Hafidz Roshdi) dihalang oleh ibunya, Mak Limah (Azizah Mahzan) kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya demi kesenangan keluarga mereka. Naim pula hanyalah seorang peon, yang semestinya dipandang rendah oleh Mak Limah.
Bukan Haura sahaja, malah kakaknya Faida (Puteri Sarah Liyana) juga dijodohkan oleh Mak Limah untuk berkahwin dengan Azzam, seorang yang berada juga atas sebab yang sama. Faida sebagai seorang anak yang baik mengikut kemahuan ibunya. Namun, Mak Limah kecewa apabila selepas berkahwin, dia mendapati Azzam walaupun seorang yang berada, tetapi dia juga merupakan seorang yang kedekut.
Naim pula sedar yang Mak Limah enggan bermenantukannya namun dia tidak mudah berputus asa dan cuba mengambil hati keluarga Haura. Haura yang sering bermasalah ditempat kerja mula menarik perhatian Pengurusnya, Ziyyad (Andi Bernadee). Ziyyad pula mula menyimpan perasaan terhadap Haura dan mula mengumpul maklumat tentang Haura secara rahsia. Dalam masa yang sama, Mak Limah bertemu Naim dan mengatakan dia setuju dengan hubungan Naim dengan anaknya tetapi dengan syarat pertunangannya adalah Naim mesti membawa wang hantaran sejumlah RM20 ribu. Naim bersetuju dengan syarat tersebut dan akan berusaha untuk mendapatkan wang tersebut.
Namum, pada hari pertunangannya, Naim tidak muncul dan tidak dapat dihubungi. Haura sangat kecewa dan oleh kerana marah dia menyerahkan kepada ibunya untuk buat keputusan selanjutnya. Dalam pada itu, Ziyyad yang mengetahui situasi Haura muncul menjadi penyelamat dengan menghantar rombongan meminang. Merasa lega dengan kehadiran Ziyyad, Mak Limah menerima lamaran Ziyyad dengan hati terbuka apatah lagi mengetahui Ziyyad merupakan pengurus kilang tempat Haura bekerja.
Adakah Haura akur dengan keputusan ibunya dan menerima Ziyyad? Adakah Naim akan merelakan Haura begitu sahaja?
Episod 1
Haura berlari keluar dari kilang meninggalkan rakan baiknya Ain kerana buah hatinya, Naim sudah menunggu dengan motosikal. Hari ini Naim berjanji untuk membawa Haura menonton wayang. Haura bekerja di kilang itu sebagai operator manakala kakak sulungnya, Faida turut bekerja di situ sebagai kerani. Faida yang melihat Haura bersama Naim menegur Haura tetapi Haura meminta Faida coverline dia sekiranya mak mereka, Mak Limah bertanya. Memang selama ini Faida yang selalu back up dengan mengatakanya yang Haura overtime dan tidak pernah lagi Haura kantoi keluar dating dengan Naim. Ziyyad, bos kilang itu dilihat berjalan keluar menuju ke keretanya. Ziyyad dipanggil ‘kayu cengal’ oleh pekerja-pekerja kilang kerana Ziyyad jarang senyum dan hanya bercakap perkara yang perlu sahaja. Sungguh pun begitu, Ziyyad digilai oleh seorang pekerja kilang bernama Natasya. Petang itu Natasya cuba menegur Ziyyad tetapi Ziyyad tak layan. Nastasya digelakkan rakan-rakan yang lain.
Episod 2
Haura terkejut disergah bos sendiri. Ziyyad datang dengan muka garang. Terketar-ketar tangan Haura pegang plate number yang dah terbelah dua. Kemudian dia perasan muka Haura sama dengan perempuan semalam, Ziyyad lagi buat muka garang siap nak ambil tindakan potong gaji untuk ganti rugi. Haura gelabah, cepat-cepat dia minta maaf. Sempat pula dia kira gaji bulan ni dia dah plan nak ajak Naim pergi enjoy kat PD dan lain. Kalau potong gaji, habis la. Ziyyad dengar, sengaja dia cakap kalau taknak potong gaji , Ziyyad nak dating dengan dia. Haura naik angin. Terus dia cakap dia ni cinta mati dengan Naim. Dia lebih takde gaji daripada mengkhianati cinta Naim.
Episod 3
Mak Limah minta Naim berjumpa dengannya dan Mak Limah suruh Naim masuk meminang Haura minggu hadapan. Sebulan kemudian mesti berkahwin dengan wang hantaran sebanyak 10 ribu. Naim berjumpa dengan Haura dan beritahu yang dia takde duit sebanyak itu tetapi dia akan cuba. Yang penting mereka kena pergi beli cincin tunang dulu untuk bertunang minggu hadapan. Haura kesiankan Naim tetapi dia pun takde simpanan. Nak minta tolong dengan Faida, mustahil Azzam nak bagi Faida tolong. Dia tu kedekut.
Episod 4
Haura ikut Ziyyad masuk ke dalam pejabat. Dia marah Ziyyad kerana memandai-mandai mengaku tunang. Ziyyad beritahu yang dia memang betul tunangan Haura, kalau tak percaya boleh call Mak Limah. Haura terdiam. Salah dia juga sebab tak bertanya dulu dengan Mak Limah. Tapi dia tak puas hati. Balik dari kilang dia terus tanya mak Limah. Mak Limah jawab ye, Ziyyad Nazhan adalah tunang Haura. Bos kilang Haura bekerja. Pengsan Haura dengar rupanya dia bertunang dengan ‘kayu cengal’. Kelam kabut Mak Limah cari air.
Episod 6
Sejak berkahwin, Ziyyad tinggal di rumah mak Limah. Mak Limah guna kesempatan itu untuk selalu minta duit dengan Ziyyad untuk repair itu ini. Banyak yang Ziyyad tolong tanpa pengetahuan Haura. Fatin pula seperti memberikan layanan lebih kepada Ziyyad. Haura nampak dan dia rasa tercabar pula. Dua hari kemudian, Fatin dan Nadim pulang ke asrama. Kini bermula hidup Ziyyad di rumah mertuanya. Setiap malam selepas waktu kerja dia akan bantu Haura uruskan Wan Asri. Kadang-kadang Haura tersentuh dengan keikhlasan Ziyyad.
Episod 8
Haura call Fatin dan Nadim suruh balik tetapi Fatin pula cakap dia busy nak exam. Nadim kelam kabut balik. Perangai Nadim, caring macam Haura. Mak Limah pula marah Haura kenapa kacau Fatin. Fatin memang dari dulu anak kesayangan mak Limah. Perangai pun sama. Doctor beritahu yang Wan Asri kena serangan jantung dan kali ini agak serius dan dimasukkan ke ICU. Haura takut kehilangan ayah dia. Waktu-waktu begini Haura selalu merasakan dia memerlukan Ziyyad untuk sentiasa bagi kekuatan kepada dia. Hubungan mereka menjadi bertambah rapat. Ziyyad banyak luangkan masa temankan Haura, coolkan Haura dengan main teka teki, main ayat pick up dan macam-macam lagi. Apabila Ziyyad kat tempat kerja, setiap kali Haura cakap dia susah hati, Ziyyad akan masuk office dia kunci pintu dan rekod suara dia nyanyi lagu. Berbunga hati Haura sekejap. Naim pula walaupun tahu Wan Asri masuk wad, dia tetap juga mendesak Haura untuk berjumpa. Seolah nakkan perhatian Haura. Lama-lama Haura jadi rimas.
Episod 9
Di kilang, Natasya kembali. Dia merayu dengan Ziyyad untuk menerima dia semula. Apabila Ziyyad tidak mahu terima, dia berlakon kononnya dia kena menyara keluarga. Nastasya juga sanggup melutut depan Ziyyad. Ketika Natasya buat macam tu, pintu di ketuk. Guard bawa Rosmah dan Haura masuk. Terkejut Haura tengok aksi Natasya. Rosmah dan Haura bergaduh lagi. Kali ini Ziyyad bagi hukuman cuti tanpa gaji dua minggu kepada Rosmah dan Haura diberhentikan kerja terus. Selepas Rosmah dan Natasya keluar, Haura marah Ziyyad sebab dia tak salah kenapa dia dibuang kerja. Ziyyad kata dia nak isteri dia jadi surirumah. Biar dia je yang cari rezeki. Malam itu Ziyyad bawa Haura makan di tempat romantic dan Ziyyad belikan Haura kasut bertumit tinggi. Terkial-kial Haura mencuba di kedai kasut. Semasa hendak pulang, Haura menunggu dalam kereta manakala Ziyyad membayar parking. Secara tiba-tiba Naim masuk ke dalam kereta di bahagian belakang dan cuba bertindak ganas. Dia geram Haura taknak kahwin dengan dia. Haura berjaya lepaskan diri dan berlari ke arah Ziyyad.
Episod 10
Setelah seminggu Inayah tinggal dengan Ziyyad, Hanis berterus terang yang dia mahu tinggalkan Inayah untuk jagaan Ziyyad selamanya kerana dia mahu mencapai impiannya menjadi peramugari. Dia akan melawat sesekali sekala nanti. Wan Asri pula tidak mahu lagi buat fisioterapi kerana dia kesian dengan Ziyyad. Ziyyad tak bagi. Dia nak tengok wan Asri sembuh. Dia akan bekerja keras untuk support duit rawatan lagipun Haura pun bekerja juga.
Episod 11
Ain dan Haura naik kereta dan tunggu di depan hotel yang dijanjikan. Mengekek Haura ketawa bila dia berbalas mesej dengan Natasya. Seronok dapat kenakan Natasya. Kemudian datang seorang pekerja kilang yang selama ini memang angau dengan Natasya. Pekerja Pakistan, namanya Ahmad. Ahmad lurus bendul sikit. Untuk Natasya apa sahaja dia sanggup. Natasya juga kadang-kadang buli dia dekat kilang.
Episod 12
Ziyyad tidak banyak bercakap dengan Haura pagi itu tetapi dia tengok Ziyyad mesra je dengan Inayah, mesti ada yang tidak kena. Puas Haura pujuk tetapi tak jalan juga. Selepas Ziyyad keluar, dia buka computer terus keluar FB dia semalam yang tidak log out. FB Naim di skrin. Barulah dia sedar yang semalam dia tengah skodeng fb Naim sebelum tertidur dan dia syak Ziyyad nampak. Ketika Ziyyad tengah sibuk di mini market, seorang staf Ziyyad bagi satu bungkusan makanan
tengahari. Ziyyad buka tengok isteri dia yang kirim siap nota minta maaf dan doa supaya Tuhan kembalikan urat senyum di muka Ziyyad. Tergelak Ziyyad baca. Haura tunggu lama tetapi Ziyyad takde mesej dia apapun. Ziyyad sengaja. Dia geram, keras pula hati Ziyyad kali ni. Last-last Haura buat plan. Dia berpakat dengan Inayah, call Ziyyad dan Inaya menjerit beritahu Haura terjatuh. Kelam-kabut Ziyyad balik.
Episod 13
Mak Limah patah tangan kanan dan dia terpaksa tunda pemergian dia ke tanah suci. Ketika dia susah nak makan, barulah dia teringat balik ketika Wan Asri teruk dahulu, dia suapkan pun tak ikhlas. Mulut dia asyik berleter. Faida dengan Haura yang banyak jaga Wan Asri. Wan Asri kata Allah baru tegur Mak Limah sedikit. Mujur hanya patah tangan dan bukan putus tangan. Mak Limah mula insaf. Gelang-gelang tangannya juga habis diragut. Dia mula teringatkan Haura. Dia mahu berjumpa Haura. Haura menerima mak Limah semula. Inayah juga berasa happy sebab dia dah boleh panggil nenek dekat Mak Limah. Tetapi Mak Limah pun suruh Inayah kekalkan panggil Grandma, nampak world class sikit.