Drama bersiri 'Kerana Hafsanya Setia' merupakan adaptasi novel 'Lelaki Januari’ karya Hafizah Iszahanid, diarahkan oleh Khir Rahman dan Zainorhisyam Samudin serta nukilan skrip dari Siti Jasmina Ibrahim. Menampilkan pelakon utama Azrel Ismail, Mona Ellen, Octovia Menrose dan Daler Yusuf. Kerana Hafsanya Setia disiarkan pada bulan ramadan ini bermula 3 April 2022, setiap Sabtu hingga Khamis jam 12 tengah hari.
Kerana Hafsanya Setia
Episod: 26
Tarikh Tayangan: 3 April 2022
Waktu Siaran: Sabtu-Khamis, 12:05 tengah hari
Rangkaian: TV1 slot Sitrus
Penulis Novel: Hafizah Iszahanid
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Khir Rahman & Zainorhisyam Samudin
Produksi: Eccentro Distro & Gambo TV
Watak Pelakon
Azrel Ismail sebagai Dr Ali Syukri
Mona Allen sebagai Delilah
Oktovia Manrose sebagai Wairah xx Haifa
Daler Yusuf sebagai Hud Sulaiman
Shazman Isaac sebagai Haifa
Fauziah Nawi sebagai Faridah
Hamidah Wahab sebagai Sufiah
Halimatussadiah (Mak Wan) sebagai Mak Som
Abby Nadzri sebagai Kak Jun
Ameerul Asyraf sebagai Dr Azmi
Azhar Zainal sebagai Syam
Nor Intan Suria sebagai Kak Dayana
Nu'man Salleh sebgai Said Nursi
Asmidar sebagai Mona
Lagu Tema (OST)
Iman di Bintang Tsuraya - Adikalamiasta
Kisah Cinta Yng Tak Diduga - The Alif & Kamelia Syermain
Sakitnya Hati - Venus
Munajat Suci - Fajar feat Didi
Sinopsis Kerana Hafsanya Setia
Segalanya seakan sempurna apabila Delaila dan Ali Syukri disatukan atas dasar cinta. Tapi benarlah kata orang, kahwin pada usia muda itu banyak cabarannya. Bahtera rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga dan Delaila membawa diri ke New York. Dua belas tahun kemudian, pertemuan di New York telah membuka semula kisah mereka.
Sinopsis Novel Lelaki Januari
Cinta itu adakala menandakan sebuah pertemuan. berada dalam hati, utuh dalam memori. tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati.
Segalanya seakan sempurna apabila Delaila dan Ali Syukri disatukan atas dasar cinta. Tapi benarlah kata orang, kahwin pada usia muda itu banyak cabarannya. Bahtera rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga dan Delaila membawa diri ke New York.
Dua belas tahun kemudian.
Pertemuan di New York telah membuka semula kisah mereka. Pertemuan itu seakan memberi petunjuk kepada hala tuju kisah cinta Delaila dan Ali Syukri. Di situ Delaila melihat sebuah kebahagiaan. Namun, masa berubah, dunia berputar. masihkah Ali Syukri insan yang serupa?
Tanya pada diri, apakah kita mahu berpegang pada kenangan, atau mahu terus melangkah ke hadapan?