Drama Ratu Ten Pin

Ratu Ten Pin

Nantikan drama bersiri 'Ratu Ten Pin' mengetengahkan penceritaan bertemakan sukan boling. Drama 16 episod ini mendapat sentuhan Azman Yahya serta Rozse Faisal dan Chinta Adeesha selaku penulis skrip. Menampilkan drama pertama lakonan Syaidatul Afifah iaitu bekas pemain kebangsaan berlakon bersama bersama Elisya Sandha dan Fify Azmi selaku teraju utama drama. Drama ‘Ratu Ten Pin’ akan bersiaran mulai 28 Jun 2021 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.

JUDUL : RATU TEN PIN
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : 28 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin hingga Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria (104)
PENULIS SKRIP : Rozse Faisal, Chinta Adeesha
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Fify Azmi, Nazim Othman, Sheila Rusly, Hazeeq Dean, Nasz Sally, Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Esma Daniel, Lisdawati

WATAK PELAKON
Elisya Sandha sebagai Norma
Syaidatul Afifah sebagai Sandra
Fify Azmi sebagai Reezs
Hazeeq Dean sebagai Khalid
Nazim Othman sebagai Arief 
Sheila Rusly sebagai Maria
Nasz Sally sebagai Nurin
Eizlan Yusof sebagai Dato' Idris
Aleeza Kasim sebagai Datin Marissa
Esma Daniel sebagai Razak
Lisdawati sebagai Maznah

LAGU: KRU - Kuasa Juara

SINOPSIS RATU TEN PIN
Mengisahkan tentang tiga wanita muda yang berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza, mengejar gelaran Ratu Tenpin Negara. 

Walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah, zaman kanak-kanak Norma penuh dengan botol kaca kosong dan buah kelapa yang dijadikan sebagai alat permainan boling. Disebabkan selalu dan pandai bermain boling, dia dikenali sebagai pemain boling yang sangat berbakat di kalangan kawan-kawannya di kampung. Apabila sudah dewasa, dia berpindah ke Kuala Lumpur bersama sahabat baiknya dan mula bekerja untuk membantu keluarga dalam menampung perbelanjaan di kampung. Nasib Norma berubah apabila dia menjejakkan kakinya buat pertama kali di pusat permainan boling. 

Reesz yang datang dari keluarga sederhana, dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sebagai anak perempuan bekas juara boling, Maznah menaruh harapan tinggi agar Reesz mengikuti jejak langkahnya. Namun, Reesz lebih berminat dalam bidang reka bentuk grafik dan permainan mudah alih.

Di rumah, Reesz berhadapan dengan keganasan rumah tangga apabila bapanya masih sukar untuk menerima hobi ibunya dalam sukan boling sehingga merasakan dirinya diabai. Pergaduhan itu berlarutan sehingga melibatkan penderaan fizikal. Reesz membuat keputusan untuk belajar bermain boling untuk menggembirakan ibunya. 

Dilatih secara professional, Sandra mempunyai pengalaman yang paling banyak di antara mereka bertiga dan pernah memenangi kejohanan boling bawah umur peringkat kebangsaan. Dibesarkan dalam gaya hidup serba mewah, dia sudah terbiasa untuk mendapatkan apa yang dia inginkan.

Dia merasakan yang dia berhak dipilih untuk skuad kebangsaan boling walaupun prestasinya tidak konsisten. Sikap dan agendanya yang tersembunyi ini boleh menjadi halangan untuk merosakkan prestasinya dalam skuad kebangsaan boling nanti. 

Untuk memenangi gelaran “Ratu Ten Pin Negara” bukan lah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan. Ketiga-tiga wanita muda itu bertanding walaupun terpaksa berhadapan dengan konflik sendiri dalam masa yang sama.


Ratu TenpinPelakon Ratu TenpinDrama Ratu Tenpin