Drama Sis Stars Hotel

Sis Stars Hotel

Drama Sis Stars Hotel disiarkan setiap Isnin hingga Rabu jam 9:00 malam di Awesome TV saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV. Juga boleh menontonnya di laman www.awesometv.my

JUDUL : SIS STARS HOTEL
TARIKH : 8 Mac 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu,9:00 malam
SIARAN TV : Awesome TV (Drama Ohsem)
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Opy Global Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Emma Maembong, Faradhiya, Chacha Maembong, Bell Ngasri, Beego, Haeriyanyo Hassan, Wan Raja, Yaya Maembong, Md Harminder Singh, Zain Saidin, Bard Kerdil, Azhan Rani, Zilaikha Zahari, Ieka Simone, Fadzil Hamdan

WATAK PELAKON
Emma Maembong sebagai Nastasha
Faradhiya sebagai Lily
Chacha Maembong sebagai Bell
Bell Ngasri sebagai Baharom
Beego sebagai Manap
Azhan Rani sebagai Ismail
Haeriyanyo Hassan sebagai Pak Hamid
Wan Raja sebagai Chef Raz 
Yaya Maembong sebagai Mila

SINOPSIS SIS STARS HOTEL
Seorang ayah yang telah berhijrah ke negara lain mewasiatkan sebuah hotel kepada tiga orang anaknya yang tiada pengalaman dalam sektor hospitaliti. Mampukah mereka menyahut segala cabaran yang bakal dihadapi ?

Episod 1
Seorang peguam, Ismail mengumpulkan tiga orang wanita di sebuah hotel untuk menyampaikan wasiat ayah mereka iaitu Abdullah Lumi yang telah pulang ke negara asalnya di Perancis. Abdullah telah lama berpisah dengan anak-anaknya. Ketiga-tiga orang wanita itu adalah Nurul Nabila, Natasha Nur dan Nur Kasmini.

Episod 2
Nurul, Natasha dan Nur bertemu dengan Ismail (peguam) untuk berbincang perihal hotel sebelum menandatangani kontrak. Nur (Lili) dan Natasha masing-masing mahukan penglibatan suami mereka dalam hal ehwal hotel sementara Nurul bermegah dengan tunangnya yang akan membawa impak yang paling mantap kepada prestasi hotel.

Episod 3
Tiga orang lelaki membuat kacau di lobi hotel dan Manap berhadapan dengan mereka untuk menyelesaikan masaalah yang timbul. Manap diberitahu oleh lelaki-lelaki tersebut mereka hendak berjumpa dengan pemilik hotel. Manap memberi respon bahawa pemilik hotel sudah pulang dan lelaki-lelaki itu tidak berpuas hati dan sambung membuat bising sambil memegang kayu dan besi.

Episod 4
Seorang ayah yang telah berhijrah ke negara lain mewasiatkan sebuah hotel kepada tiga orang anaknya yang tiada pengalaman dalam sektor hospitaliti. Pada mulanya mereka tidak mempercayai nasib mereka yang berubah dalam sekelip mata. Lama kelamaan kelam kabut yang melanda kian reda dan jelas perkara yang berlaku adalah satu kenyataan. Tiga beradik bertekad mengambil alih operasi hotel dan memajukannya demi masa depan dan memenuhi wasiat ayah mereka.

Episod 5
Tiga orang lelaki membuat kacau di lobi hotel dan Manap berhadapan dengan mereka untuk menyelesaikan masaalah yang timbul. Manap diberitahu oleh lelaki-lelaki tersebut mereka hendak berjumpa dengan pemilik hotel. Manap memberi respon bahawa pemilik hotel sudah pulang dan lelaki-lelaki itu tidak berpuas hati dan sambung membuat bising sambil memegang kayu dan besi.