18 Puasa Di Kampong Pisang

18 Puasa Di Kampong Pisang
Astro Shaw dan Enjit-Enjit Semut membawakan sebuah lagi karya terbaru arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid iaitu 18 Puasa Di Kampong Pisang. Filem genre komedi tersebut akan menemui penonton di Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021. Juga boleh strim di Astro Go atau On Demand

Uniknya, 18 Puasa Di Kampong Pisang adalah kesinambungan dan gabungan Kampong Pisang Bersiri-Siri dan telefilem eksklusif popular ketika bulan Ramadan iaitu 16 Puasa dan 17 Puasa. Masih mengekalkan subjek utama ‘tidak berpuasa’, 18 Puasa Di Kampong Pisang akan mengetengahkan mesej tersurat tentang hikmah berpuasa, zakat, fungsi Baitulmal, rukunislam, nilai murni bersedekah, solat taubat dan banyak lagi.

JUDUL : 18 PUASA DI KAMPONG PISANG
TARIKH TAYANGAN : 15 April 2021
PENGARAH : Mamat Khalid
PRODUKSI : Astro Shaw, Enjit-Enjit Semut Motion Pictures
PELAKON : Bell Ngasri, Kazar Saisi, Mat London, Aziz M Osma, Dewa Sapri, Joey Daud, Rashid Othman, Ahmad Yasin, Afea Deana, Namron, Jaafar Onn, Siti Elizad Sharifuddin, Datuk Ustaz Kazim, Rani Kulop, Yeop Hitler, Man Raja Lawak

WATAK PELAKON
Bell Ngasri sebagai Barkoba
Kazar Saisi sebagai Pak Din 
Mat London sebagai Pak Karim 
Aziz M Osman sebagai Pak Jabit 
Dewa Sapri sebagai Cik Purnama 
Joey Daud sebagai Daud M 
Rashid Othman sebagai Faguha Jabar 
Ahmad Yasin sebagai Ahmad Yasin 
Afea Deana sebagai Yah Kuchei
Namron sebagai Tyson 
Jaafar Onn sebagai Tyson 
Siti Elizad Sharifuddin sebagai Kiambang 
Yeop Hitler sebagai Manap Sengau
Man Raja Lawak sebagai Penjaga Neraka

SINOPSIS 18 PUASA DI KAMPONG PISANG
Mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.